Kuah Mi Kari Ipoh Guna Ikan Tamban Memang Puas Hati Rasa

Share

Jika dihidangkan mi kari pasti ramai yang menyukainya. Ada pelbagai versi memasak mi kari ni. Kalau orang Perak mesti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh.Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je. Sedap dan tak muak rasanya. Jika ingin mencuba, dikongsikan resepi Cikgu Liza.

Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza

Bahan-bahan:

200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air.Toskan.Simpan air rebusan ikannya dikisar halus)

8 sudu makan rempah kari daging

*3 biji bawang besar

*6 ulas bawang putih

5-6 sudu makan cili kering kisar

3 batang serai dititik

2 batang akar daun sup diketuk

3 tangkai daun kari

1 ketul kiub ikan bilis(optional)

500gm santan

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 biji buah pelaga

500gm tauhu pong dipotong 4

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1.Kisar bahan bertanda (*).

2.Tumis bahan kisar,kayu manis,bunga lawang,pelaga,serai dan daun kari hingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.

4.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.

5.Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.

6.Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.

7.Masukkan santan dan tauhu pong.Kacau rata dan sebati.

8.Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.Biarkan mendidih.

9.Sedia dihidangkan dengan mi kuning,kuetiau atau bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.

Kredit: Nor Azaliza Tarmizi

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

 

Published by
Putri