
Banyak resipi kuah rojak tak tahu nak pilih yang mana, masih tercari-cari resipi kuah rojak buah yang sedap. Cuba buat resipi akak ni yang sudi kongsikan petuanya hasil beliau buat berniaga. Mestilah sedap kalau asik kena serbu jerkan. Jom cuba!
RESIPI KUAH ROJAK TERANGKAT

BAHAN-BAHAN:
- Cabai kering 2 genggam ( rebus buang biji & blend )
- Cabai melaka 5 -10biji ( kalau suka pedas ) – blend sx cabai kering
- Kicap lemak manis 1 botol kecil
- Sos cili 1 botol kecil
- Sos tiram 2 sudu besar
- Belacan 1-2 inci ( bakar & blend sx ngan cabai )
- Otak udang 1-2 sudu ( kalau suka letak )
- Pes asam jawa adabi 2 sudu
- Gula melaka 1 ketul
- Gula pasir 2 cawan
- Tepung jagung 2-3 sudu ( boleh ejas )
CARA MEMASAK:
- Masak cabai blend sampai betul2 masak hilang bau cabai ( sy masak dlm 20 – 30minit ) – boleh tambah2 air
- Kemudian masukkan kicap,,sos cili,,sos tiram,,gula melaka,,pes asam jawa & otak udang
- Time ni sy buka api kecik ja & masak lama utk tahan disimpan ( in shaa Allah )
- Kemudian masukkan gula pasir – masa ni boleh ejas rasa dia
- Akhir sx masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air ( agak2 jgn pekat sgt kuah tu nt dah sejuk lg pekat )
- Biar mendidih lg 10-15minit boleh tutup api… SIAP ‼
Nota: Tak perlu letak garam


Kongsi resipi: Ieza Hafiza
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Caranya Untuk Buat Masala Vadai Sedap Seperti Di Kedai

Ada ke peminat Masala Vadai dekat sini? Tapi ada juga yang panggil Masa Lodeh.
Tidak kiralah apa nama yang anda berikan, kuih ini antara yang menjadi favourite dan teringin untuk buat sendiri.
Bila buat sendiri walaupun rupa mungkin tak sama dengan di kedai, tapi lagi puas hati kan kalau masak sendiri. Kita boleh nak lebihkan bahan tertentu dan juga adjust biar kena dengan tekak sendiri.
Jom ikut resipi dan step-by-step daripada Ekin Razman ini. Nampak masala vadai yang dibuat sangat sedap dan gemuk-gemuk.
MASALA VADAI

BAHAN-BAHAN:
500gram kacang dhal | rendam semalaman dan dikisar
2 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini
10 helai cili kering | dihiris halus – beli online di sini
10 biji cili padi | dihiris halus
10 tangkai daun kari | dihiris halus – beli online di sini
2 sudu besar jintan manis | tumbuk sikit bagi bau wangi – beli online di sini
1 sudu garam
*Tips untuk kacang dhal:
1. Rendam semalam dengan air dan tapis hingga kering.
2. Asingkan sikit yang belum dikisar untuk dapat effect kacang dhal yang kasar sebiji-sebiji macam dalam gambar.

3. Kisar kacang dhal guna pengisar kering. Kalau terlalu berair, susah untuk dibentukkan.

Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas. Masukkan juga kacang dhal yang belum dikisar. Gaul sehingga semuanya sebati.


2.Setelah semuanya sekata, ambil adunan dan bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki.

3.Panaskan minyak. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

4.Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Ekin Razman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Samosa Potato Pinwheels, Inti Padat & Mengenyangkan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
3 Masakan Ikan Stail Cina, Sedap Lagi Menyihatkan

Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.
Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni …
1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW

BAHAN-BAHAN
- 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
- Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
- 100gm sayuran masin | hiris
- 1 biji tomato | belah enam
- 30gm cendawan hitam | cincang
- 2 biji cili padi | hiris
- 5gm halia | hiris
- 1 biji jeruk plum
- 500gm sup ayam
- 60gm serbuk ayam
- 20gm garam
- 10gm gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
5. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan kukus
2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE

BAHAN-BAHAN:
- 1000gm Kerapu | siang dan cuci
- 30gm Parsli Cina
- 10gm Cili padi | hiris
- 10gm Bawang putih cincang
- 10gm Halia cincang
- 30gm Hirisan halia
- 30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
- 10gm Kicap soya
- 5gm Kicap soya hitam
- 10gm Serbuk perasa
- 10gm Gula
- 100gm Air
- 10gm Minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas.
7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Saiz hidangan: 5-8 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus dan tumis
Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.
3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm Isi ikan kod | hiris kasar
- 1gm Cili kering | potong kasar
- 20gm Bawang besar | hiris kasar
- 20gm Kacang Cashew panggang
- 15gm Sos tiram
- 15gm Kicap soya
- 10gm Kicap soya pekat
- 10gm Cuka hitam
- 10gm Serbuk ayam
- 10gm Gula
- 50gm Air
- 100gm Tepung jagung
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
6. Sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya, Simpan Pun Kena Betul…

Daun pisang ni memang penting peranannya dalam sajian masakan dan kuih muih tradisi kita. Makanan yang dibalut dengan daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya.

Kuih abuk-abuk, tepung telita, pulut inti manis, kuih kochi, lepat, pulut panggan dan pelbagai jenis makanan memang lebih enak bila dibalut atau dijadikan acuan daripada daun pisang.

Makanan juga tahan lama dan lebih selamat dengan pembalut duit pisang berbanding plastik yang mengandungi bahan kimia. Ni min kongsikan petua mengenai daun pisang..
CARA PILIH DAUN PISANG DAN CARA NAK GUNAKANNYA :
- Pilih daun pisang yang sama lebarnya dan tidak terlalu tua. Sebab daun pisang yang tua akan keras dan sukar dibentuk.
- Sebelum digunakan, jemur sebentar di bawah sinar matahari atau layurkan (lalukan di atas bara api) sehingga ‘lembut’dan mudah dibentuk bila dibalut nanti.
- Cuci bersih lalu lap daun pisang hingga kering.
- Potong dengan ukuran yang sama, agar kuih-muih dibungkus sama seragam saiznya.
- Ketika membuat kelongsong atau pembalut, pastikan balikkan daun pisang iaitu bahagian berwarna hijau menghadap ke dalam agar aromanya wangi.
- Jika perlu gunakan lidi kecil untuk menyemat dan mengemaskan pembalut daun pisang ini.

TIP TAMBAHAN SIMPAN DAUN PISANG
Baki daun pisang tu jangan dibiarkan layu begitu sahaja. Kalau betul cara simpannya boleh aje tahan lama dan kekal hijau warnanya. Bagi mak-mak yang bawa balik daun pisang dalam kuantiti yang banyak dari kampung, lagi pulak disimpan dalam but kerete ,ingat tau kena ‘disejukkan’ dulu daun pisang ni.
Berikut petua yang dikongsikan dalam FB Roslan Mamak Haji
1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu banyak, satu gulung dalam 10 helai cukup dan ikat dengan getah.

2. Kemudian rendam daun pisang dalam baldi yang diisikan dengan air untuk hilangkan haba

3. Selepas bawa balik ke rumah rendam sekali lagi dalam air selama 15 hingga 20 minit
Petua yang dilakukan di atas mampu mengelakkan daun pisang daripada menjadi lebam.
Cara lain simpan di rak sayur-sayuran di bahagian paling bawah peti sejuk . Tapi sebelum itu gulung daun pisang dan kemudian bungkus dengan kertas surat khabar dan ikat dengan tali getah. Masukkan gulungan ini di dalam peti atau rak sayur dalam peti sejuk.
Ni pulak resipi bonus kuih yang menggunakan pembalut daun pisang, jom cuba.
KUIH ABUK -ABUK

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kepala parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
- Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
- Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.

