Kuah Rojak Buah Terengganu Sedap Makan Lepas Tarawih

Share

Kuah rojak buah Terengganu ini memang sedap kalau makan waktu lepas tarawih, ketika moreh. Sambil berehat dengan santai. Ada yang panggil colek buah.

Memang ada tersedia dijual kuah yang siap. Tapi, kalau buat sendiri lagi puas hati. Kita dapat ubahsuai ikut selera kita sendiri. Tak susah pun nak buat kuah rojak ni.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini ye.

Kuah Rojak Buah Terenganu

Bahan-Bahan:

1 keping nisang ( besar) 

2 senduk kicap manis – boleh beli online di sini

1senduk sos cili – boleh beli online di sini

2 sudu besar sos tomato – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula secukup rasa – boleh beli online di sini 

2 sudu makan cuka – boleh beli online di sini

Sedikit perasa

2 sudu besar petis udang

Biji bijan ( disangai)

Kacang tanah ( disangai dan ditumbuk) – boleh beli online di sini

1 sudu makan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) – boleh beli online di sini

Bahan-bahan (kisar Halus):

15 tangkai cili kering – boleh beli online di sini

10 biji cili padi/ Thai – boleh beli online di sini

Belacan sebesar ibu jari ( bakar sikit) – boleh beli online di sini

Untuk Buah ( jenis buah boleh ikut suka):

Ubi sengkuang

Timun batang

Nanas

Mempelam muda

Belimbing

Cara Memasak:

Masukkan bahan kisar dalam kuali, Kemudian masukkan nisang. Biar mendidih dan cair.

Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.

Setelah itu, masukkan bijan dan kacang tanah. Perasakan dengan gula putih dan garam serta perasa. Kacau sebati. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, ikut kepekatan yang dikehendaki.  Kuah rojak mesti rasa pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.

Siap kuah dan ketepikan.

Untuk sediakan rojak buah ni, potong buah-buahan itu ikut suka.

Ambil buah yang dipotong, letakkan kuah rojak. Tabur kacang tanah. Siap untuk dimakan. sedap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa