Rasa kuah rojak beli siap di kedai dan buatan sendiri memang ketara bezanya. Kalau beli dikedai kadang terlalu pedas atau terlalu kuat bau belacan. Biasalah tak semua sesuai dengan citarasa sendiri melainkan buat sendiri kita boleh ubah rasa seperti yang kita mahukan. Resepi yang dikongsikan Ameera di Facebook ini turun temurun dari ibunya. Jom kita cuba resepi kuah rojak ini!
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*)
2. Tuangkan sebotol kicap ke dalam periuk yang sesuai dan masukkan gula kabong.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk kicap dan gula kabong dan kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.
4. Dah sebati kesemuanya, masukkan asam jawa, pes udang, gula, dan sos cili.
5. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.
6. Tuangkan larutan tepung jagung tadi ke dalam kuah rojak tadi untuk memekatkan tekstur kuah.
7. Sangai biji bijan jangan sampai hangus.
8. Tutup api kuah rojak sekiranya telah mendapat kepekatan yang diinginkan.
9. Biarkan kuah sejuk baru dimakan bermasa buah buahan yang diinginkan.
10. Jika suka boleh tumbuk kasar kacang tanah yang telah digoreng ke atas kuah rojak.
Ingin mengadakan kenduri kecik-kecik dan teringin nak masak sendiri untuk memberikan hidangan terbaik kepada tetamu jemputan. Apa kata kali ini anda cuba salah satu dari empat resipi masakan berasaskan daging yang RASA kongsikan ini. Semuanya sedap-sedap belaka. Kalau bukan kenduri boleh je masak untuk hidangan keluarga di hujung minggu.
.
DAGING RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris lebar dan nipis
1000ml santan pekat
5 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 cawan gula Melaka
1 cawan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga.
BAHAN HIRISAN:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3cm halia
3cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG TANPA MINYAK DAN KISAR HALUS
2 sudu ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat manis, gula Melaka dan separuh bahan kisar.
Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
Untuk menumis, panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan hirisan dan juga serai sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan bahan kisar diikuti dengan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
Setelah air daging kering, masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan kuah terus mendidih di atas api sederhana hingga kuah pekat.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bahan rempah yang digoreng dan dikisar halus tadi,
Kacau rata, hingga kuah kering dan secukup rasa.
Jika kurang manis tambah sedikit gula.
Rendang sedia dihidangkan.
.
DAGING KUZI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
4 sudu makan rempah kuzi
100gm biji gajus | goreng
100gm kismis | goreng
3 biji bawang besara | hiris, goreng dan kisar
2 sudu makan serbuk badam
4 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan puri tomato
2 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
500ml susu cair
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
10 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali.
Tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis lagi.
Setelah timbul minyak, masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air diikuti dengan puri tomato.
Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
Biarkan mereneh hingga kuah kering.
Jika daging masih liat atau keras tambah sedikit air lagi.
Setelah daging empuk, masukkan susu, serbuk badan dan bawang merah yang dikisar tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Sebelum angkat tabukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.
.
KURMA KAMBING DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong sederhana
3 biji kentang | belah 2
3 sudu makan rempah kurma
500ml susu rendah lemak
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji tomato | belah empat
3 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
BAHAN SANGAI DAN KISAR:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih
4 biji buah pelaga
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan sedikit rempah kurma dan sedikit bahan kisar.Kemudian perapkan lebih kurang 30 minit.
Untuk memasak, panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau seketika.
Masukkan rempah kurma dan bahan sangai yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah timbul minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar air.
Biarkan mereneh hingga air daging kering.
Masukkan susu rendah lemak dan kentang, biarkan terus mendidih.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya.
Setelah kuah pekat, masukkan daun pudina, hirisan tomato, dan cili.
Seketika kemudian, tutup api dan hidangkan bersama nasi atau roti
.
DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
8 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
20 biji merah | hiris halus dan goreng
1 cawan gula perang
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan pes asam Jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Potong besar daging kemudian rebus hingga empuk bersama serai dan hirisan halia. Ketepikan dan toskan airnya.
Hiris daging nipis-nipis, kemudian titik hirisan tersebut. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula hirisan daging hingga perang. Angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan kicap pekat manis, pes asam Jawa, gula Melaka dan garam secukupnya. (jika kurang manis boleh tambah gula).
Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama bawang goreng,
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan. Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili. Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan. Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yang dinikmati ketika masih kecil seperti Qaseh Aney yang berkongsi resipi ini.
Resipi ubi rebus tumis cili
Bahan-bahan
2 kg ubi kayu
1 ketul pati ayam
1 sb serbuk perasa
2 sb gula
2 sb serbuk kari
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar
1 genggam ikan bilis
20 tangkai cili hijau & merah
10 tangkai cili besar merah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Ubi kayu dibersihkan kemudian direbus hingga empuk. Sejukkan dan potong dadu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan perasa dan serbuk kari dan tumis lebih kurang 20 minit dengan api sederhana supaya tak hangit.
4. Selepas bahan tumis masak masukkan ubi kayu dan gaul sebati. Masak lagi dalam 10 minit kemudian boleh tutup api. Sedia dihidangkan
Jemu asyik makan karipap berinti kentang dan keledek? Ha… apa kata ubah selera dengan menggunakan inti udang pula. Mudah, nampak ringkas tapi rasanya memang lebih sedap. Malah bentuknya karipapnya lebih comel dan montok. Macam mana ya saudari JJ Pau Mawar buat? Jom cuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!