Asam Laksa Cina, memang sedap dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Enak!
Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair.
Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing.
3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam.
8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official