Kuali memasak memang susah nak dibersihkan. Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya. Nak ‘grooming’ kuali anda supaya cantik kembali? Jom cuba cara di bawah ni.
BAHAN-BAHAN:
- Soda bikarbonat secukupnya
- Berus dawai
- Sedikit air
CARA-CARA:
1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.
2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.
4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. Selamat mencuba!
Kredit gambar: Dania Ellyka Via MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbezaan Limau Kasturi, Nipis Dan Purut.
Sebut je limau, ia ada pelbagai jenis. Namun hanya ada tiga jenis limau yang sering digunakan dalam masakan untuk tujuan aroma dan rasa masakan. Ia adalah limau nipis, purut dan kasturi. . Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini, baca tip berikut:-
Fizikal Dan Tekstur:
Sekali pandang tiga limau, purut, nipis dan kasturi hampir sama, ia berwarna hijau. Tetapi limau purut dan kasturi bewarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis hijau muda atau hijau kekuningan. Dari segi saiz, limau kasturi paling kecil, limau purut dan nipis hampir sama saiznya dan tekstur kulitnya limau purut bergerutu berbeza dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.
Jumlah Air Dan Warna Airnya
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan limau nipis kasturi hijau kekuningan. Bila diperah jumlah airnya juga berbeza, Limau kasturi paling banyak, diikuti limau nipis dan limau purut paling sikit airnya.
Fungsi Dalam Masakan.
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau kasturi lebih masam berbading limau nipis dan purut. Sebab itu limau kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal cili atau rasa sambal kacang segar. Sementara limau nipis dan purut digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman. dicampurkan
Diharapkan dengan info ini anda bukan hanya kenal jenis-jenis limau yang sering digunakan dalam masakan Melayu.
Petua Elak Hanyir Bila Masak Ikan Patin, Kena Cari & Buang Urat Ini Dulu
Ikan patin antara ikan sungai jadi kegemaran ramai. Enak jika dimasak tempoyak atau asam pedas.
Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.
Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.
Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Dikongsi oleh Rosniza Hussin, menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.
Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.
3. Ini dia urat yang buat ikan patin bau hanyir.
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Sumber: Rosniza Hussin
Epal Hijau Kurangkan Risiko Penyakit Jantung & Barah. Kulit Pun Boleh Cantik.
Betullah kata ungkapan Inggeris “An apple a day, keeps Doctor Away”. Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Tapi eloknya makanlah bersama kulitnya kerana terdapat sebahagian dari kandungan Vitamin C di bawah kulitnya.
Tapi eloknya dikikis dulu ‘wax’ atau lilin yang biasa menyaluti epal.
Di antara khasiat kesihatan epal hijau adalah ia membantu mencegah:
1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,anda boleh kisarkan epal hijau dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Tapi yang lebih mengujakan lagi, ia boleh mengyegarkan kulit wajah.
Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.