
Makanan ringan atau snack adalah makanan yang dimakan sambil bersantai. Boleh jadi snack itu sekadar kudapan ataupun mengenyangkan. Kali ini RASA ingin kongsikan snack yang boleh mengenyangkan. Malah turut juga menyihatkan.
KOBIS GULUNG BERINTI

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 keping dada ayam | dicencang
1 biji lobak merah | hiris halus
Kubis ungu | hiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk cili
Kobis biasa | dicelur
Daun kucai | untuk ikat
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau. Masukkan isi ayam. Masak sampai air ayam sedikit kering.
2. Masukkan lobak merah dan kubis ungu. Goreng sekejap.
3. Masukkan lada hitam, lada sulah dan serbuk cili. Sesuaikan rasa. Angkat dan ketepikan.
4. Celur kubis biasa supaya lembut. Letakkan di atas pinggan.
5. Letakkan inti dada ayam cencang ke atas kobis.
6. Gulung boleh ikat dengan daun kucai.
7. Kukus selama 3 minit untuk lembutkan lagi kubis itu.
Resipi Oleh Az Hanie Ismail dari Telegram Kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Lempeng Kelapa, Rasanya Lemak Manis Sedap Sangat

Resipi lepeng Kelapa atau lempeng nyor ini lemak manis dan sedap sangat rasanya.
Sedap kalau dimakan pada waktu petang atau waktu pagi. Gandingkan pula dengan kopi O panas atau teh O panas. Fuh! Memang ngam habis.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Lady Boss ini ye.
Resipi Lempeng Kelapa, Lemak Manis Sedap Sangat
Bahan-bahan:

1/2 kg gandum – boleh beli online di sini
1 biji kelapa muda parut
Air kelapa/nyor muda
1senduk air garam
2 sudu makan gula – boleh beli online di sini
Sedikit air
Sedikit planta/mentega – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak Lempeng Kelapa:

Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas hingga sebati. Kalau pekat, boleh tambah air sejuk. Manakala kalau adunan terlebih cair, boleh tambah gandum.
Kemudian tambah garam secukupnya. Gaul lagi. Masukkan pula guna dan gaul sebati.Kalau yang suka rasa manis, boleh tambah gula lebih. Terpulang. Tapi, kalau banyakkan kelapa muda, rasa akan lebih sedap dan lemak ye.

Rehatkan adunan selama 1/2 jam barulah goreng. Ketika nak goreng, campurkan minyak dengan sedikit marjerin/planta sikit. Lagi sedap.
Adunan yang selebihnya,vboleh simpan dalam peti sejuk, mampu bertahan selama tiga hari. Kalau disejuk beku, boleh tahan selama setahun. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Buat Homemade Lagi Puas.

Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai, snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi putih
- 10 gm bawang merah kecil | dicincang
- 10 gm daun bawang | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 15 gm kismis
- 2 cawan serbuk roti
- 4 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 4 cawan minyak masak
- 20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
- 3 sudu makan tomato puri
- 2 helai daun bay
- 1 sudu besar thyme kering
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef : Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dengan garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)

BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cencang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!

Pernah makan Burger Salmon Cheese Banjir tak? Kalau belum, jomlah cuba buat di rumah. Bayangkan ikan salmon yang berjus dengan Keju Chesdale Burger yang cair dan meleleh. Gabungan rasa yang padu, memang kecur air liur! Jangan lupa nikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits. Memang menyegarkan!

BURGER SALMON CHEESE BANJIR

BAHAN-BAHAN:
8-10 keping Chesdale Burger
2 biji roti bulat – belah tengah
4 keping kepingan ikan salmon
Lada sulah & garam secukupnya
Arugula/wild rocket salad secukupnya
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Serbuk paprika – pilihan
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah ke atas kepingan salmon.
- Letak sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak kepingan ikan salmon lalu gril di kedua-dua bahagian hingga perang. Letak sekeping keju Chesdale Burger atas salmon lalu masak beberapa minit hingga keju agak cair.
- Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti bulat lalu gril kan sekejap dalam kuali leper.
- Di dalam kuali kecil; letak 4-5 keping Chesdale Burger lalu cairkan di atas api. Biarkan keju cair sepenuhnya. Ambil kepingan salmon tadi lalu lumurkan cairan keju menutupi keseluruhan salmon. Jika suka pedas boleh tambah sedikit serbuk paprika.
- Untuk membuat burger; Letak sedikit arugula salad dan salmon yang telah dicelup cairan keju ke atas roti. Tuang lebihan cairan keju, letak sekeping lagi keju Chesdale Burger dan tutup burger dengan sekeping lagi roti.
- Untuk hidangan yang lebih enak dan sihat, minum bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:


