Resipi Kubis Kukus Gulung Berkeju yang mudah, lazat dan halal. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sihat dan mengenyangkan. Bukan itu saja, orang yang tak makan sayur pun mesti suka dengan hidangan ini.
Tambahkan keenakan hidangan ini dengan kepingan keju Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba nanti.
KUBIS KUKUS GULUNG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping kobis panjang/bulat
6-8 keping Anchor Cheese Slices
400gram daging kisar
½ biji lobak merah – parut halus
4 biji cendawan shiitake – hiris
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun bawang – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap soya cair
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Celur kepingan kobis hingga sedikit layu (dalam 10-15 saat) lalu toskan (buang lebihan air).
Di dalam mangkuk, satukan daging kisar, cendawan shiitake, parutan lobak merah, cincangan daun bawang, bawang putih cincang, sos tiram, kicap soya cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata.
Ambil sekeping kobis yang telah dicelur tadi, letak sesudu inti lalu gulungkan dengan rapi dan susun di dalam pinggan tahan panas.
Kukus gulungan kobis selama 8 minit.
Keluarkan pinggan berisi kobis gulung, susun kepingan Anchor Cheese Slices diatas gulungan kobis. Kukus kembali selama 1-2 minit. Hidangkan panas.
Resipi sandwich perkongsian saudari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resipi Sandwic berinti campuran Tuna Telur Mayoini patut dicuba.
CARA MEMASAK: 1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones. 3. Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
4. Ambil kepingan roti dan sapu mentega. 5. Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya. 6. Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari. 7. Sandwic Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.
Popia Pisang Kayangan ni nampak sedap dan mudah disediakan. Jika anda belum ada idea menu apa nak disediakan semasa minum petang, boleh cuba resipi perkongsian saudari MrsNor Wahid ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan tidak renyah. Anak-anak pun pasti suka. Cubalah.
RESIPI POPIA PISANG KAYANGAN
BAHAN-BAHAN: Pisang berangan – boleh ganti dengan pisang Nangka, tanduk atau pisang raja Tepung gandum – campur sedikit air untuk dijadikan gam – beli online disini Kulit popia saiz 8.5”x 8.5″ – boleh juga guna mana-mana saiz
BAHAN TOPPING: Hershey’s Syrup/Hazelnut Chocolate Spread Oreo hancur Mini coco crunch Mini cornflakes – beli online disini Nestum Mini Chocolate Chip – beli online disini Cheddar cheese – jika suka
CARA MEMASAK:
1.Pisang dibelah dua. Pastikan pisang tidak terlalu masak.
2. Ambil kulit popia dan bungkus pisang tadi.
3. Sapukan bancuhan tepung gandum untuk melekatkan popia.
4. Popia yang sudah siap dibungkus.
5. Panaskan minyak kemudian goreng popia tadi. Pastikan minyak betul-betul panas.
6. Bila popia kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
7. Susun popia di dalam pinggan. Kemudian sapu coklat.
Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
Angkat dan tos minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Foto: Shutterstock via Jakarta Post
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.