Anda gemar makan pizza, kekacang dan manisan, apakata beralih selera kepada snek Arab pula. Jika anda penggemar daging, rempah ratus mahu pun sajian yang manis semuanya ada dalam menu kudapan dan manisan Arab ni.
Sajian Arab memang kaya dengan penggunaan rempah ratus , kekacang dan ramuan makanan sunnah. Jom teroka selera.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Ads
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef :Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk. 2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih. 3 .Setelah dikisar perahkan jus lemon. 4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa. 5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun. 6.Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. BASBOSA
Ads
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
4. MOHALABIA MILK PUDDING
Ads
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Suka makan Rojak Petistapi takt ahu cara-cara menyediakan hidangan ini? Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipi kuah Petis homemade yang boleh anda cuba buat sendiri di rumah. Mudah sahaja caranya. Bancuh sahaja bahan-bahan dan gaul. Siap untuk dinikmati. Kata empunya resipi, bapanya sentiasa memuji dan siap suruh beliau buat niaga. Rasanya cukup kena dengan selera. Tak pedas sangat, tak manis sangat. Sedang-sedang. Ha…Apa tunggu lagi. Jom lah cuba!
CARA MEMBUAT ROJAK PETIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Timun – potong baji
Sengkuang – hiris
Nenas – hiris kecil
Tauge – celur
Kangkung – celur
Tauhu – digoreng
BAHAN SOS / KUAH PETIS:
Cili kering (untuk dijadikan cili kisar)- rebus hingga lembut kemudian kisar dengan sedikit air masak – beli online disini
Kari masala kacang bendi. Wangi semerbak baunya bila masak. Aromanya pun dah boleh buat perut lapar. Tentu ramai yang suka masakan India kan? Ia penuh aroma dan rempah ratus.
Menurut puan Azy Cullen yang berkongsi resipi ini, dia mendapat inspirasi memasak kari masala kacang bendi ini setelah menonton youtube Grandpa Channel. Ternyata memang sedap.
Panaskan minyak, goreng sekejap bendi dan angkat. Toskan.
Kemudian tumiskan jintan putih, bawang merah, cili hijau, halia yang ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.
Setelah itu, masukkan tomato yang dicincang halus, masukkan serbuk kunyit, garam,garam marsala, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan masukkan serbuk cili, tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bendi yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air biar sampai menidih. Akhir sekali masukkan daun kari dan daun ketumbar. Siap! Makan dengan nasi putih panas.
Sedapnya melihat aneka kek ikan / fishcake homemade perkongsian dari saudari Norlaila Dlaila ni. Harus cuba resipi ni. Mudah je cara pembuatannya malah kosnya juga tidak mahal. Anggaran RM20 sahaja dan boleh hasilkan pelbagai jenis kek ikan sedap untuk sajian keluarga. Wow… Bolehlah buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
CARA BUAT FISH CAKE HOMEMADE PALING SEDAP, MUDAH & TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
10 ekor isi udang (RM6) 10 ekor sotong kecil (RM5) 1 keping ikan dory (RM6) 2 ulas bawang putih – beli online disini 1/4 cawan tepung gandum – beli online disini 1/4 cawan tepung ubi kentang – beli online disini 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah – beli online disini 2 biji putih telur 3 sudu makan minyak masak Parutan lobak merah secukupnya Kucai Cili api (kalau suka pedas)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan makanan laut dan bawang putih ke dalam pengisar makanan (food prosessor) Kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain kecuali sayuran. Kisar sekejap dan adun sebati. 3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan sayuran seperti lobak merah, kucai dan cili padi jika suka. Sebatikan.
4. Bila sudah jadi adunan, anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh dibuat bulat, panjang dan sebagainya.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng adunan kek ikan yang telah dibentuk tadi guna api perlahan hingga terapung dan kekuningan.
6. Jika untuk kek ikan yang lapis guna rumpai laut (seaweed), boleh buat sebegini. Letak fucuk, diikuti kepingan rumpai laut.
7. Kemudian letak adunan kek ikan tadi.
8. Gulung dengan kemas. Kemudian goreng hingga masak.
9. Boleh pelbagaikan bentuk dan rupa kek ikan mengikut cita rasa dan selera masing-masing. 10. Boleh juga sumbat adunan kek ikan dalam sayur-sayuran seperti cili, peria, dan sebagainya.
11. Aneka kek ikan homemade yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norlaila Dlaila via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.