Rempeyek atau peyek adalah snek ringan yang berasaskan bancuhan tepung dengan rempah ratus yang di goreng nipis dalam minyak panas.
REMPEYEK RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tepung beras
- 300gram kacang tanah(goreng setngh msk)
- 150 gram ikan bilis belah (kecil putih)
- *5 ulas bawang putih
- *5 biji buah keras
- *1 sudu kecil ketumbar
- *1 sudu kecil jintan putih
- *1 sudu kecil manis
- *1 sudu besar marjerin
- *1 biji telur
- *1 cawan santan pekat
- 500ml air
- 1kg minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan halus bahan-bahan bertanda *.
2. Masukkan dalam 1 mangkuk besar bersama tepung beras dan majerin yang di cairkan.
3. Selepas itu masukkan ikan bilis, kacang tanah dan air kacau sehinga tidak berketul-ketul sehingga sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng ikut tepi kuali tuang perlahan.
INFO: Pastikan rempeyek sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Radia Tussoleha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Buat Popcorn Macam Jual Dekat Panggung Wayang Secara Homemade. Mudah Je!
Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
POPCORN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN POPCORN :
- 1/3 cawan jagung popcorn
- 1 sudu besar mentega
- 2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
- 1/3 cawan gula castor/gula pasir
- 1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
- Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Kredit resipi & gambar: Nurul Hidayah Zakaria
Cara Mudah Buat Kerepek Bawang Sedap Secara Homemade
Kerepek Bawang adalah antara snek ringan yang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah tua atau muda. Kalau jumpa yang sedap tu, mulut pasti tak boleh berhenti mengunyah. Sebenarnya nak buat snek ni tak susah mana kalau tahu cara dan resipinya. Nak cuba? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Fais ni.
RESIPI KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH TEPUNG:
- 2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
- 1 ulas bawang putih
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan serbuk udang kering (optional)
CARA-CARA:
- Kisar bawang besar dan bawang putih tanpa guna air hingga lumat. ( boleh guna pengisar kering).
- Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum serta tepung beras sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air sebab bawang besar sudah mengeluarkan air sendiri semasa kisar.
- Jika doh masih lembik, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh jadi bulat.
BAHAN DOH MARJERIN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 80gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan marjerin. Gaul hingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang bulat.
CARA MENYEDIAKAN KEREPEK BAWANG:
1. Ambil doh marjerin dan doh bawang. Bahagikan setiap satu kepada 3 bahagian atau ikut keselesaan sendiri.
2. Canaikan doh bawang dan marjerin yang dipotong tadi secara berasingan.
3. Letak kepingan doh bawang diatas doh marjerin yang telah dicanaikan tadi.
4. Gulung doh dengan kemas. Ulangi langkah untuk semua doh yang ada. Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
5. Hiris gulungan doh nipis-nipis. Lebih mudah jika menggunakan pisau tajam.
6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng berwarna keperangan.
7. Untuk dapatkan kerepek yang mempunyai effect seperti tudung saji, semasa menggoreng masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas. Kacau sentiasa dan jangan goreng terlalu lama. Nanti bawang akan menjadi pahit.
8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.
Kredit resipi & foto: Noor Fais
Ubah Cara Bosan Makan Daging Burger Dengan Resipi Sambal Daging Burger
Olah daging burger dengan memberi rasa yang lebih enak. Hanya tambah beberapa bahan seperti sos sambal, sos cili, dan kicap lemak manis untuk menjadi hidangan yang baru.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping daging burger | potong empat
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan kicap lemak masin
- 5gm serbuk sos perang
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 50ml air
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 biji bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
- Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
- Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Goreng dan tumis
Anggaran kos: RM8.00