Aktiviti buat kudapan untuk minum petang ataupun kudapan harian di rumah. Hari ni kita cuba buat tumpi kacang dal dengan ikan bilis.
Buat mereka yang sukakan snek ala tradisional, bolehlah cuba resipi tumpi kacang dal daripada Ummu Ashraf ini.
TUMPI KACANG DAL DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
400 gm tepung beras (saya guna jenis apa yang ada sebab tinggal luar negara tak boleh memilih jenama tepung beras. Asal ada tanda halal je) – beli online di sini 2 biji telur 5 cawan santan – beli online di sini Sedikit garam ½ sudu teh kapur makan (campur air)
1. Campurkan semua bahan. Tambah air jika perlu. Saya tumbuk kasar-kasar lagi 1 sudu besar ketumbar, jintan putih dan jintan manis setiap satu dan masukkan lagi sebab saya suka rasa tergigit rempah. 2. Rendam 400gm macam dal semalaman. Nak guna nanti toskan. 3. Masukkan tepung beras dalam satu bekas. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk. Kacau-kacau. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Kacau sekata.
4. Masukkan telur dan santan sambil-sambil kacau. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. 5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Kemudian, masukkan air kapur. Kacau rata.
6. Panaskan minyak. Sebelum mula menggoreng, baru masukkan kacang dal dan ikan bilis ke dalam adunan. Kacau-kacau bagi sebati. 7. Ambil sesenduk adunan, tuang di bahagian tepi kuali. Adunan akan mengeras dan jatuh sendiri ke tengah kuali. Goreng hingga keemasan.
Tengah fikir menu sedap dan mudah masak untuk diniagakan? Tidak dinafikan jika anda nak berniaga, salah satu produk yang pasti dicari pelanggan ialah makanan. Kena dengan rasa serta harga, pasti pelanggan akan ‘repeat order’. Namun, untuk memikirkan menu yang sesuai, buntu juga. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak biasa mengambil tempahan dan berniaga. Istimewa buat anda, saudari Widiati Sulaiman kongsikan 10 resipi menu yang anda boleh masak secara homemade dan dijadikan menu perniagaan anda. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak zaitun kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga kekuningan. 2. Masukkan udang, sotong dan kepah yang telah dibersihkan. 3. Kemudian masukkan sayur, emping cili dan parsli. Kacau sebati. 4. Akhir sekali, masukkan spageti yang telah siap direbus. Kacau sebati dan perasakan dengan garam secukupnya. 5. Sedia untuk dihidang.
CARA MEMASAK: 1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan. 2. Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan masak selama 10 minit. Angkat dan toskan. 3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam, ubi kentang, bawang goreng, daun bawang, cili merah dan serbuk cukup rasa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Ambil tauhu kering dan sumbatkan inti kentang tadi ke dalamnya sehingga padat. Ketepikan. 5. Panaskan minyak masak. Pada masa yang sama, pukul telur dan celupkan tauhu tadi. 6. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat, toskan minyak dan nikmati menu ini bersama sambal kicap.
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk cili padi dan bawang putih menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Kemudian masukkan gula dan garam. Lumatkan lagi. 3. Masukkan kicap dan sebatikan. Sedia untuk dinikmati
CARA MEMASAK: 1. Bancuh susu bersama telur. Ketepikan. Goreng daging kisar tanpa minyak. Ketepikan. 2. Ambil loyang yang bersesuaian. Oleskan dengan marjerin. Sebaiknya loyang yang muat-muat dengan saiz roti. 3. Celupkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur. Susun dalam loyang. Kemudian sapukan sos spageti hingga rata. 4. Letak taburan daging cincang dan kepingan keju cheddar. Lapiskan lagi dengan kepingan roti yang dicelup dalam bancuhan susu. Ulang langkah sama hingga habis. 5. Untuk lapisan terakhir, tabur keju mozzarella dan daun parsli. 6. Bakar selama 30 minit pada suhu 150C atau sehingga keju cair dan keperangan. 7. Enak dinikmati Ketika masih panas.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland hingga sedikit layu dan kekuningan. 2. Kemudian masukkan isi dada ayam. Masak sebentar hingga ayam sedikit masak. 3. Tambahkan sayur campur dan hirisan cendawan butang. Masak seketika. 4. Seterusnya masukkan krim masakan. Kacau rata dan perasakan dengan lada sulah serta sedikit garam. 5. Bila inti kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan. 6. Gelek puff pastri dan terapkan. Masukkan ke dalam acuan aluminium. 7. Sudukan inti secukupnya dan tutupkan dengan kepingan pastri. Kelim bahagian tepi menggunakan garpu. 8. Sapukan sedikit bancuhan kuning telur di bahagian atas pastri. 9. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga pastri kuning keemasan.
1.Cairkan marjerin dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan ayam kisar. Biar masak seketikan dan barulah dimasukkan sos spageti. 3. Setelah sos mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam loyang berisi kentang yang siap digoreng. 4. Taburkan keju mozzarella dan keju cheddar. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C. 5. Angkat dan nikmati segera.
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur dan celupkan ayam hingga rata. 2. Salut isi ayam dengan tepung goreng serbaguna. 3. Goreng isi ayam dalam minyak hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Untuk menyediakan sos, satukan semua bahan ke dalam periuk kecil. 5. Didihkan seketika menggunakan api kecil. Angkat dan ketepikan. 6. Potong kepingan ayam dan gaulkan bersama bahan-bahan salad. 7. Sudukan sos dengan secukupnya. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan sup bunjut, daun salam, kulit kayu manis, rempah sup dan rempah kurma. Kacau hingga naik bau. 3. Tuang air rebusan ayam dan biarkan mendidih. 4. Perasakan kuah soto dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Biarkan mendidih sekali lagi. 5. Untuk menikmatinya, masukkan nasi impit, begedil dan bahan-bahan sampingan lain ke dalam mangkuk. 6. Tuang kuah dengan secukupnya dan sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Rebus ikan bersama asam gelugur. Kemudian asingkan isi dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama air secukupnya dan ketepikan. 2. Panaskan minyak masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga kekuningan. 3. Masukkan cili kisar diikuti serbuk kari daging dan ikan. Tumis lagi hingga pecah minyak. 4. Seterusnya masukkan kisaran isi ikan biar menggelegak seketika. 5. Bila kuah mendidih, masukkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. 6. Tambahkan juga daun kesum. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekali lagi. 7. Angkat kuah dan hidangkan bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.
9. MEE RACUN
BAHAN-BAHAN:
500g mi kuning – basuh dan toskan
1kg tulang kambing – rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. 2. Kemudian masukkan air rebusan tulang kambing tadi. Kacau sebati. 3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 4. Akhir sekali masukkan mi. Menu ini sedia untuk dihidang.
CARA MEMASAK: 1. Ayam diperap bersama bahan-bahan perapan dan juga tepung jagung. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes. 3. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Masukkan air asam jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat. 6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Dapatkan lebih banyak menu yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tiba-tiba terasa pula nak menu yang istimewa hari ni. Selalu beli nasi masak kandar di kedai mamak je. Hari ni terasa nak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
3 sekawan 3 biji bawang merah 1 batang cili hijau 2 batang cili merah 1 biji tomato 2 batang serai 1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar-beli online di sini
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!