Selain biskut raya, kudapan seperti kerepek juga disukai ramai.Kudapan orang lama seperti kuih gunting juga sedap untuk dinikmati di sepanjang raya nanti.
Kuih Gunting
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
250g marjerin
1 biji telur
1 kiub ikan bilis
Minyak
*100g bawang merah
*50g bawang putih
Ads
*50g ikan bilis
*50g udang kering
*Cili kering agak-agak
*10g garam
*10g (AjiNomoto)
*200ml air untuk mengisar
Bahan-bahan bertanda *dikisar sekali
Ads
Cara memasak:
1.Tepung diramas dengan marjerin,masukkan telur.
2.Masukkan bahan kisar,uli hingga rata,masukkan daun kari yang telah dipotong,uli hingga doh tidak melekat lagi dijari.Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.
3.Bahagikan @ bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.
Ads
4.Panaskan dalam kuali non stick sekejap tanpa minyak supaya keras,sejukkan dan boleh dipotong/digunting .
Cucur Jagung memang enak dijadikan hidangan untuk minum petang. Dimasak pula dengan jagung segar, bertambah manis Cucur Jagung kita. Nak buat Cucur Jagung yang rangup di luar, lembut di dalam pun ada caranya. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail ini. Gerenti jadi!
CUCUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 batang jagung | isi jagung dihiris
Tepung gandum
Cili kisar
Udang kecil atau ikan bilis | ditumbuk kasar
Bawang besar | dihiris
Serbuk kunyit
Serbuk ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
1 biji telur
Air suam
**Anggaran bahan mengikut kuantiti tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum (agak-agak padan dengan bahan-bahan lain), isi jagung, bawang besar, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis, cili kisar dan telur di dalam mangkuk.
2. Bancuh adunan dan pastikan ia tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan air sedikit demi sedikit, agak-agak senang untuk jemput adunan menggunakan tangan. Gaul sebati.
3. Kemudian, goreng cucur menggunakan minyak yang banyak serta api sederhana.
4. Apabila cucur sudah bertukar keperangan atau keemasan, boleh angkat dan toskan minyak.
Yogurt memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT YOGURT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm susu tepung
1 liter air panas
7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE. Empunya resipi guna brand Nestle Natural Set)
CARA MEMBUAT:
A. BANCUH SUSU:
Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak sampai berbuih dekat tepi periuk. Tutup api dan biarkan susu suam.
B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.
1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins 2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.
C. MASUKKAN YOGURT STARTER
1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c. ( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS) 2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.
D. MASUKKAN DALAM BALANG
1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.
E. SEDIAKAN INKUBATOR
1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.
F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS
1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.
G. PERAM!
1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong. 2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang. 3. Tutup inkubator. Peram 8 jam. 4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.
Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!
Ada yang suka makan Chinese food ke? Terutamanya dimsum, wantan, siumai atau dumpling. Lembut dan cukup rasa, makan panas-panas. Memang sedap.
Perkongsian resipi daripada Tahrunnisah Jali, nampaknya boleh membantu anda di luar sana untuk hilangkan rasa rindu dengan Chinese food ni.
Insya-Allah, siapa yang suka makan kali ni dah boleh buat sendiri dari penyediaan kulitnya sehingga ke intinya. Insya-Allah halal lagi suci.
BAHAN KULIT DIMSUM /WANTAN/SIUMAI/DUMPLING
250gm wheat starch/ tepung tang mein (boleh didapati di bakery) atau nak guna tepung gandum pun boleh 80gm tepung ubi – beli online di sini 200-220ml air panas mendidih* sedikit garam* 1 ½ sudu besar minyak masak*
CARA ADUNAN
1. Dalam bekas, satukan wheat starch dan tepung ubi. 2. Kemudian masukkan air panas, garam dan minyak yang dicampur sekali sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat di tangan (macam buat kulit karipap). 3. Uli hingga sebati. Kemudian biarkan sebentar selama 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.
BAHAN INTI:
2 keping dada ayam* 12 ekor udang | dibuang kulit* 2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 sudu besar kicap cair – beli online di sini 1 biji sederhana besar lobak merah | dipotong dadu kecil – beli online di sini Sedikit daun bawang sekali dengan batangnya | dipotong halus 2 ulas bawang putih | dicincang halus/ditumbuk halus – beli online di sini Garam, gula 1 biji bawang merah yang bersaiz kecil | dipotong dadu – beli online di sini 2 sudu kecil minyak bijan – beli online di sini 1 sudu kecil sos tiram – beli online di sini Sedikit lada sulah /lada hitam Lada besar | dipotong kecik-kecil 1 biji telur ayam (dipukul dahulu)
CARA-CARA:
1. Kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya hingga hancur. 2. Masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah perasa. 3. Masukkan telur , lada sulah minyak bijan, sos tiram dan semua sayur. Kacau pakai senduk sahaja.
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula panaskan dahulu periuk pengukus. 2.Sediakan penggelek doh, acuan bulat dan inti. 3. Ambil sedikit doh. Bulatkan dan tekan. Dengan menggunakan penggelek, lenyekkan. Jangan terlalu nipis. Ketebalan seperti kita nak buat kulit karipap. Tekap dengan acuan bulat.
4. Letak sedikit adunan inti dan mula melipat. Buat sampai habis. Manakala bentuk siew mai terpulang pada anda.
5. Lapik siew mai dan dumpling dengan plastik untuk elakkan ia melekat pada periuk kukusan. Kukus selama 5-7 minit.
6. Jika nak goreng, siap dibentuk boleh terus digoreng dalam minyak panas. 7. Sedia dihidang dengan sos thai atau boleh juga dibuat sup. Mana-mana yang anda suka. Selamat mencuba.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!