Kudapan pada petang hari untuk menonton tv. Lagi seronok tengok drama dengan mulut asyik mengunyah saja kan.
Nah, sambil berkira-kira untuk buat kudapan apa, jom kita cuba dengan hidangan berasaskan kentang daripada Nazrizam Ab Wahab.
Kentang dihiris di atas chopstick, spray cooking oil dan kemudian bakar di dalam air fryer. Mudah saja kan?
ACCORDION POTATOES
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang (bergantung kepada berapa banyak yang diinginkan) – beli online di sini Seasoning (campuran paprika, black pepper, garam dan garlic powder) Cooking oil spray Chopsticks Parmesan cheese(optional)
1.Mula-mula, satukan semua seasoning iaitu serbuk paprika, black pepper, garam dan garlic powder di dalam bekas. Gaul sebati. Ketepikan.
2.Basuh kentang. Kemudian rendam selama 10 minit. Selepas itu toskan. Jika suka, boleh parut buang kulit. Lap kentang dengan bersih.
Ads
3.Letakkan 2 batang chopstick. Kemudian, letakkan kentang di antara batang chopstick tersebut. Hiris dengan pisau hingga cecah chopstick. Bahagian hujung kena pandai-pandai kawal sendiri agar tidak terputus.
*tips mudah: apabila hujung pisau sudah mengena batang chopstick, itu tandanya sudah boleh berhenti menghiris.
4. Masukkan kentang ke dalam air fryer. Sembur cooking oil ke atas kentang. Pastikan di bahagian celah-celah kentang pun kena minyak. Jika tiada jenis spray, boleh gunakan berus.
5. Bakar selama 30 minit (bergantung kepada saiz kentang) dengan menggunakan suhu 180C. 6. Sebaik sahaja masak, keluarkan. Kemudian, cepat-cepat tabur seasoning yang sudah disiapkan. Boleh juga taburkan parmesan cheesejika suka.
Ads
7. Boleh tarik satu-satu untuk menikmati. Kalau nak lagi crunchy, tambah lagi masa AF. Ikut suka citarasa masing-masing.
Resipi apa pula nak dimasak yang boleh menaikkan selera sekeluarga? Nah resipi berasaskan udang sangat digemari ramai. Hati-hati dengan masakan udang kerana kalau terlalu banyak menjamahnya boleh buat tinggi kolesterol anda. Jika suka berkuah anda boleh memasak gulai kari atau masak lemak. Boleh juga hidangkan menu bergoreng yang tidak kurang enaknya. RASA kongsi resipi yang boleh anda cuba dengan menggunakan udang. Moga berselera nanti ye..
Sup Udang Nanas
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
2. Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
4. Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
5. Sedia untuk dinikmati.
Udang Sos Oren
Bahan Udang Goreng:
500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
100 gm tepung jagung
2 biji telur | kacau sebati
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu makan pati oren
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1/2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
Kacau seketika atas api sederhana.
Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi
Sambal Berlado Udang Galah
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Siap untuk dihidangkan.
Sambal Udang Goreng Kacang Botol
BAHAN-BAHAN:
200gm udang
5 batang kacang botol |hiris tebal
1/2 biji perahan jus limau nipis
Minyak masak secukupnya
Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
½ sudu teh belacan
1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata.
3. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
4. Sedia dinikmati.
Udang Goreng Bersama Telur Dan Daun Bawang
BAHAN-BAHAN: Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih ] cincang
1 biji bawang besar ] cincang
3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang ] potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Ayam Masak Kurma, Buat Pekat Sikit Baru Sedap. Sesuai kalau nak makan dengan nasi atau roti. Memang terbaik menu macam ni
Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat, barulah sedap bila dimakan. Nak sediakan pun mudah. Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam, lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang. Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang dikongsikan resipinya oleh Nor Azimah Ali
RESIPI AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK DIKISAR:
1/2 ekor ayam 1/2 biji kelapa (dibuat santan) boleh juga guna santan kotak 5 ulas bawang merah –BELI ONLINE 2 ulas bawang putih –BELI ONLINE 1 inci halia seinci –BELI ONLINE Sepotong lengkuas-BELI ONLINE
4 sudu makan rempah kurma 1 sudu makan rempah kari bancuh dengan air Rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) 1 biji kentang 1 biji bawang Holland potong besar-besar –BELI ONLINE 1 biji tomato Sedikit cili padi –BELI ONLINE
CARA MEMASAK:
1.Tumis rempah 3 beradik sehingga naik bau.
2. Tuangkan bahan yang dikisar. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan bancuhan rempah kurma/kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Biar isi ayam kecut dulu, supaya rempah sebati dengan isi ayam. Barulah sedap rasanya.
5. Apabila isi ayam sudah kecut, barulah masukkan santan, garam dan tunggu hingga mendidih.
6. Masukkan kentang, bawang besar, tomato dan cili padi.
7. Biarkan seketika. Padamkan api. Siap untuk dihidangkan.
Masakan Korea memang kaya dengan penggunaan rempah dan cilinya tersendiri.Sajiannya Korea memang banyak menggunakan kimchi, gochujang ( pes cili Korea), Gochugaru (serbuk cili Korea) dan lada hitam dalam ramuan masakannya.
Kalau anda peminat drama Korea, sajian ini pasti tidak asing lagi. Nah, 5 resipi ni adalahair tangan tenaga pengajar IKBN, Peretak, Kuala Kubu Baru , Selangor.
Jom cuba resipi dari Norshazila Mohamed Rahman, Norazilah Rahman dan Harmayah Argadan, ‘follow’ resipinya ternyata lazat berempah.
.
1. SEAFOOD JAPCHAE (Korea) BAHAN-BAHAN :
Bahan japchae :
200gm dangmyeon @ suhun Korea
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gochugaru *serbuk cili Korea
Bahan seafood :
2 ekor sotong | dihiris
10 ekor udang saiz XL | dibuang kulit
¼ biji bawang Holland | dihiris nipis
3 keping cendawan shitake | rendam sampai kembang dan dihiris
1/3 batang lobak merah | dipotong nipis fine julienne
Daun bawang secukupnya | untuk hiasan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Bahan sos :
2 sudu makan kicap cair
½ sudu makan gula
2 sudu teh bawang putih | dicincang halus
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK : 1. Rendam dangmyeon (suhun Korea) dengan air suam, kemudian tos kering dan ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang Holland dan bawang putih cincang hingga naik bau. Kemudian masukkan minyak bijan dan gochuru. 3. Masukkan sotong, udang, lobak merah dan cendawan shitake. Kacau sekata. 4. Kemudian masukkan kicap cair, gula, minyak bijan dan dangmyeon. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah. 5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak :Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea Keistimewaan : Gochugaru memberikan rasa pedas manis Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Pastikan dangmyeon direndam sehingga lembut, dalam anggaran masa 30 – 40 minit dalam air suam.
2. TTEOKBOKKI @ STIR FRIED RICE CAKES
BAHAN-BAHAN :
130gm tteokbokki * kek beras panjang
1 keping ikan | dihiris
2 keping fucuk ikan | dihiris
113gm kobis | dihiris
3 cawan stok ikan bilis @ air
3 sudu makan Gochujang * pes cili korea
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan bawang putih | cincang
Daun bawang secukupnya | dihiris serong
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Ambil periuk dan renehkan stok ikan bilis 2. Masukkan pes gochujang dan renehkan selama 5- 8 minit. 3. Kemudian masukkan kek ikan, fucuk ikan, tteobokki, kobis, kicap cair dan perasakan dengan gula dan garam 4. Angkat dan tabur dengan daun bawang.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasa : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian pembuka selera @ snek street food, Korea Keistimewaan : Sajian street food yang sangat mudah dibuat. Rasa pedas dan manis Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tteokbokki (kek daripada beras) ini boleh dibeli yang sudah siap di pasaraya. Untuk tambah rasa pedas lagi boleh ditambah dengan serbuk cili.
3. CHIJEU-BULDAK @ FIRE CHICKEN (Korea) BAHAN-BAHAN :
450gm dada ayam | dipotong dadu
¼ cawan gochugaru * serbuk cili Korea
2 sudu makan gochujang *pes cili Korea
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
3 sudu makan minyak masak
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan madu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu teh halia dipotong halus
2 keping keju
3 sudu makan air
Bawang Holland secukupnya | dihiris nipis untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Ambil mangkuk dan masukkan gochugaru, gochujang, kicap cair, minyak bijan, serbuk lada hitam, madu, bawang putih, halia dan garam secukup rasa. 2. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati, perapkan seketika. Ketepikan. 3. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap 4. Masukkan air dan tutup periuk seketika, masak ayam dalam 10 minit 5. Buka tudung periuk dan gaulkan ayam, letakkan keju di atas ayam dan kemudian taburkan engan hirisan bawang Holland. Tutup semula tudung, dan biarkan keju cair dalam 5 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian utama, Korea Keistimewaan : Gandingan rasa keju serta pedas lazat yang membangkitkan selera Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan api dikawal supaya jangan terlalu besar. Jika tidak ayam akan jadi hangit dan keras.
4. YANGNYEOM CHICKEN @ SPICY KOREAN CHICKEN WING
BAHAN-BAHAN :
Bahan perap kepak ayam:
6 keping kepak ayam
½ cawan buttermilk
Bahan campuran tepung :
½ cawan tepung ubi kentang
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
Bahan sos :
1 sudu makan madu
4 sudu makan gochujang * pes cili Korea
3 ulas bawang putih | cincang
½ sudu makan kicap masin
1 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu makan bijan putih | sangai
CARA MEMASAK : 1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit. 2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi kentang, tepung jagung dan lada hitam 3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung. 4. Goreng ayam hingga keemasan, ketepikan seketika. 5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih 6. Masukkan pes cili Korea (gochujang), kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka, Gaulkan. 7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul. 8. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea Keistimewaan : Rasa rangup ayam goreng disaluti dengan sos yang sungguh berperisa Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Jika tiada gochujang boleh juga digantikan dengan cili boh atau cili kering
5.CHAMCHI-KIMCHIJJIGAE @ KIMCHI STEW WITH TUNA (Korea) BAHAN-BAHAN :
150gm tuna
340gm kimchi | dihiris
1 sudu makan mentega
2 ½ cawan air
1 sudu makan gochugaru
½ cawan jus air kimchi
230gm tauhu | dipotong dadu
Garam secukup rasa
Daun bawang secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumiskan tuna. 2. Masukkan kimchi dan gaul sebati. Masukkan air kimchi bagi mengelakkan ia melekat di periuk. 3. Masukkan air dan renehkan seketika dalam 10-15 minit. Masukkan gochugaru. 4. Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam . 5. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian utama, Korea Keistimewaan : Mudah disediakan dan ringkas bahan-bahannya Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Usah masak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tauhu hancur
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!