Kudapan Rangup Moon Cookies @ Biskut Bulan Yang Disalut Coklat

Share

Tak lama lagi, kita akan menyambut Ramadan yang mulia. Sambil-sambil tu, bolehlah sekarang kumpul koleksi resipi biskut-biskut raya kan.

Resipi biskut bulan atau moon cookies ini sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan ringan ataupun juadah raya. Boleh dimakan bila-bila masa saja.

Mudah je nak buat resipi yang dikongsi Iedaa Jahaya ni. Rasanya rangup, dan disalut dengan coklat cair dicampur dengan badam cincang.

 

MOON COOKIES @ BISKUT BULAN

BAHAN-BAHAN:

125g mentega – beli online di sini
100g gula kastor – beli online di sini


60ml minyak jagung – beli online di sini
1 biji telur
Esen vanilla
400gm tepung gandum serbaguna – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu besar serbuk koko
2 cawan coklat masakan (saya guna coklat beryl’s)

TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live

TONTON Sizzling Yee Mi | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Gaul mentega dan gula kastor guna spatula hingga betul-betul sebati.


2. Kemudian masukkan minyak jagung, telur dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan sedikit demi sedikit gandum, baking powder, tepung jagung dan serbuk koko yang sudah diayak secara berselang-seli.


4. Gaul sambil diuli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
5. Selepas itu, canaikan doh tapi jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
6. Boleh tekap dengan gelas bagi jadi bentuk bulan. Atur dalam loyang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Panaskan ketuhar. Kemudian, bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.


8. Bila dah masak, sejukkan dahulu di atas tray. Kemudian, baru salut dengan coklat.


9. Untuk sediakan celupan coklat, 2 cawan coklat masakan beryls dicairkan dengan kaedah double boiler ataupun masuk dalam microwave pun boleh.


10. Kacau hingga berkilat. Tuang badam cincang yang telah dipanggang ke dalam coklat cair. Kacau dan celup biskut.
11. Simpan sekejap dalam chiller. Bila salutan coklat dah mengeras, keluarkan dan susun dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi: Iedaa Jahaya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff