Kadang-kadang bila kita menonton tv atau layan drama, mesti ada rasa nak mengunyah atau perlukan kudapan ringan.
Mungkin selepas ni boleh cuba buat sendiri pula kudapan untuk sekeluarga seperti kacang garing goreng bawang putih ini hasil resipi daripada Angah Izan. Mana tahu boleh juga buat hasil jualan kecil-kecilan.
KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit (ada dijual di pasar raya/kedai runcit) | dibersih & toskan – beli online di sini 2 sudu makan baking powder (untuk merangupkan kacang & cepat garing) – beli online di sini 4 ulas atau lebih bawang putih | ditumbuk – beli online di sini 1 – 2 sudu makan ketumbar | ditumbuk Garam Stok ikan bilis (jika suka) Serbuk lada hitam – beli online di sini Air Bawang putih tambahan | dihiris Daun kari Lada kering | hiris – beli online di sini Minyak
1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder. 2. Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit 3. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.
4. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering. 5. Masukkan minyak goreng kacang dengan gunakan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
Biasanya daging akan dimasak rendang pada hari raya. Kali ini apa kata kita buat daging masak merah. Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dimakan dengan ketupat dan nasi himpit.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
• Daging
• Minyak masak untuk menumis
• Bawang putih ketuk
• Cili kisar
• Sos tiram
• Cili sos
• Tomato sos
• Sos ikan
• Bawang holand
• Cili padi
• Cili merah hiris
• Daun sup
CARA PENYEDIAAN DAGING
1. Daging direbus lembut. Masukkan sedikit pewarna merah.
2. Sejukkan daging dan hiris nipis. Daging disejukkan dahulu supaya senang dipotong dan tak pecah-pecah.
3. Goreng separuh masak.
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing.
3. Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sikit sos ikan.
4. Masukkan bawang holand, cili padi, cili merah dan daun sup. Masukkan air sikit. Kalau mahu berkuah, lebihkan air sedikit.
5. Masukkan daging dan kacau sebati.
6. Masuk garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Sedia dihidang.
Kalau sebut tentang sayur peria tidak ramai yang menggemarinya kerana rasanya pahit. Namun ia mempunyai banyak khasiat. Ada cara untuk memasaknya agar rasanya tidak terlalu pahit. Peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.Makan nasi panas dengan peria goreng ni memang layan.Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsi oleh Zizah Mizie.
Peria Garing
Bahan-bahan: Peria Tepung bestari pedas Tepung beras Garam Minyak masak
Cara membuat:
1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.
2. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
3. Tos dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.
5. Peria yang sudah digaul sempurna dengan tepung.
6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas. 7. Peria siap digoreng.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa kerana ini resipi warisan dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.