Nak cuba buat kudapan yang sedap tapi senang nak buat? Jom cuba buat Chezzy Chicken Crisphyy. Resipi ni adalah daripada Mimie Zulhelmi. Guna roti dengan isi ayam dan keju sahaja sebagai bahan utama. Cubalah buat. Nampak sedap sungguh.
BAHAN INTI:
Marjerin atau mentega untuk menumis
3 labu bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (cencang)
Isi ayam atau ayam kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin atau mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam. Kacau.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Masak lagi sehingga kering air ayam.
5. Angkat dan isi dalam mangkuk. Ketepikan.
BAHAN PENYEDIAAN:
Roti
Serbuk roti
4 biji telur ayam
Keju mozarella
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sekeping roti dan lenyek. Kemudian sapu telur atas roti tadi.
2. Letak inti dan keju. Lipat roti dan tekan keliling (Proses ni kadangkala kulit roti terbuka balik. Jangan risau kerana itu biasa berlaku. Terus saja buat yang lain. Hampir siap nanti tekan semula yang terbuka tadi.)
3. Kemudian celup roti berinti ke dalam telur ayam. Gaul dalam serbuk roti. Ulang semua langkah hingga siap semua roti.
4. Panaskan minyak masak. Goreng roti dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dimakan.
5. Enak dimakan dengan cheezy, sos cili atau mayones.
Selamat mencuba!
KREDIT RESIPI: Mimie Zulhelmi