Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau homemade ni! Lepas ni kalau tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi malas nak keluar beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri di rumah.
Bila buat kuetiau homemade, bukan sahaja lebih bersih dan jimat, malah terjamin halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni — memang mudah, bersih serta berbaloi buat stok sendiri di rumah.
Cara Buat Kuetiau Homemade
Bahan-bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
1 cawan tepung pulut (125gm)
1/2 cawan tepung beras (60gm)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) — tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi — untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
Cara Membuat Kuetiau Homemade:
Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas besar.
Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
Canai doh hingga nipis sebanyak dua kali (empunya resipi canai guna mata no. 5 sebanyak dua kali dan mata no. 4 sekali).
Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta (fettuccine) atau pemotong kuetiau.
Didihkan air dan masukkan satu sudu makan minyak. Kemudian rebus kuetiau seketika — jangan terlalu lama.
Apabila kuetiau timbul, itu tanda ia sudah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
Toskan kuetiau hingga kering dan gaul bersama sedikit minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Tips Buat Kuetiau Homemade Supaya Elok & Tak Melekat
Gunakan tepung ubi semasa mencanai supaya doh tidak melekat dan hasil kuetiau lebih licin.
Jangan rebus terlalu lama — cukup sekadar kuetiau timbul.
Pastikan kuetiau digaul dengan minyak selepas direbus supaya tidak melekat antara satu sama lain.
Selamat mencuba! Lepas ni bolehlah buat stok kuetiau homemade sendiri di rumah — lebih jimat, bersih dan puas hati!
Anda dan keluarga suka makan Mac & Cheese? Nah…Resipi homemade yang sangat mudah perkongsian saudari Noratiqah Nordinni antara yang boleh dicuba. Masak je sendiri guna resipi ni. Persis sajian dari restoran. Pasti puas hati dengan rasanya. Istimewanya ia tidak menggunakan sos pasta segera yang dijual di pasaraya. Wow…Pastinya lebih enak ni. Jom cuba!
Bosan makan nasi? Malam ini jom kita masak spaghetti aglio olio. Menu ini memang mudah dan ringkas tetapi rasanya memang umphhhh. Lagi sedap jika ditambah seafood seperti udang dan sotong. Ayuh kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Nafsiah Rahim. Selamat mencuba!
1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7 hingga 8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
2. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak zaitun atau minyak biasa dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang telah dipotong.
3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Adakalanya jemu juga bila asyik makan nasi kan. Buat anda yang mahukan menu lain selain daripada nasi, boleh cuba koleksi resipi spaghetti ini.
Sama ada dimasak secara kering ataupun berkuah, hidangan spaghetti boleh juga mengenyangkan isi perut sekeluarga. Jom kita masak!
SPAGHETTI SEAFOOD AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti (500 gram) 400gm udang sederhana anggaran 400gm sotong 10 biji cendawan butang (optional – boleh letak jika suka) 5 batang cili padi hijau | dihiris 5 batang cili padi merah | dihiris 1 biji bawang holland @ bawang besar | dipotong dadu 7 ulas bawang putih | dicincang 5cm mentega 5 sudu besar minyak zaitun (kalau nak letak minyak masak pun boleh) 1 sudu kecil parsley 1 sudu kecil oregano 1 sudu kecil basil 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil serbuk cili @ chili flakes Garam & serbuk perasa 2 senduk air rebusan spaghetti
CARA REBUS SPAGHETTI:
1. Masak air sehingga mendidih, gunakan periuk yang lebih besar supaya mudah untuk spaghetti kembang dan masak dengan sempurna. 2. Apabila sudah mendidih, masukkan 2 cubit garam dan 2 sudu besar minyak masak. Kemudian, masukkan spaghetti. 3. Anggaran masak spaghetti selama 12-15 minit. Angkat dan toskan.
CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan api sederhana, panaskan mentega dan minyak zaitun. 2. Masukkan bawang putih, masak sehingga sedikit kekuningan. 3. Masukkan bawang Holland atau bawang besar. Masak sehingga sedikit kekuningan. 4. Masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak. Masukkan cili padi, lada hitam, parsley, basil, oregano, serbuk cilia atau chili flakes, garam dan serbuk perasa. Kacau rata. 5. masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul sebati. Masukkan air rebusan spaghetti serta rasakan dengan secukup rasa yang diinginkan.
Kredit: Nurul Ateekah
CREAMY SALSA SPAGHETTI PEPPERONI WITH SALMON GRILL
(untuk hidangan 4 orang) BAHAN A:
1 bungkus spaghetti atau apa-apa jenis pasta yang disukai 2 sudu besar mentega Minyak zaitun Bawang putih | dipotong dadu (nak guna banyak mana, agak-agak saja) Bawang merah | dipotong dadu (nak guna banyak mana, agak-agak saja) ½ cawan hirisan mushroom shitake (boleh letak lebih ikut citarasa) 1-2 sudu besar tepung gandum 1 cawan susu full cream ½ cawan cream cheese (saya guna jenama Tatura – kalau tak ada cream cheese, boleh guna cheese keping dalam 5-6 keping atau cooking cream)
BAHAN B:
3 sudu besar tomato puri 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar chili flakes 1 sudub besar serbuk lada hitam 1 sudu besar herba campuran (mix herbs) Daun parsley kering (agak-agak) 1-2 sudu besar air perahan lemon Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus spaghetti, kemudian toskan. Gaulkan bersama olive oil. Ketepikan. 2. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan sedikit olive oil ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 3. Masukkan hirisan mushroom shitake (boleh letak lebih ikut citarasa). Masukkan tepung gandum. Kacau sebati bersama tumisan. 4. Masukkan susu full cream. Kacau sampai likat. Masukkan cream cheese. 5. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit untuk kawal kelikatan yang anda suka. 6. Tutup api dan kisar halus. Jadikan dia creamy sos yang sangat flavourful, licin dan cantik. 7. Kemudian dah kisar, tuang kembali ke kuali asal. Pasang api sederhana. Masukkan semua bahan B ke dalam kuali bersama creamy sauce kisar tadi. 8. Jika nak lagi sedap, boleh tambah kiub ayam atau serbuk perisa. Saya tak letak sebab jarang masak guna bahan bersumberkan msg. 9. Kacau-kacau rata. Kalau terlalu likat, masukkan air. Kawal kelikatan mengikut selera anda. 10. Panaskan pan lain. Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan cendawan shitake/ cendawan butang yang anda suka (potong slice). 11. Masukkan pepperoni, sedikit lada hitam dan sos tiram. Kacau-kacau sampai agak garing. 12. Masukkan dalam kuah kita dalam kuali, gaul-gaul dan masukkan sekali spaghetti. Kacau-kacau, tambah air jika terlalu likat, ikut citarasa anda. Hidangkan. Tabur pasley+cheese powder. Siap.
Kredit resipi: Shida Razak KC
SPAGHETTI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang holland | potong dadu 2 ulas bawang putih | potong dadu 500gm daging cincang 2 sudu cili kisar 1½ sos tiram 1 sudu sos cili 1 sudu kecil garam 1 sudu gula 1 cili merah 1 capsicum kuning 1 capsicum hijau
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang, kemudian masukkan daging dan masak seketika. 2. Masukkan cili boh, tumis-tumis. Masukkan sos tiram, cili. Kemudian masukkan garam dan gula. 3. Akhir sekali masukkan sayur. Gaul gaul. Dan masukkan spaghetti.
Kredit resipi: Aisyah Rahman
SPAGHETTI GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spaghetti Udang/ayam/sotong (kupas/potong & bersihkan) 4-5 biji telur masin (rebus, ambil kuning sahaja & lenyek hancurkan dengan garfu) 3-4 ulas bawang putih | ketuk 2-3 sudu besar mentega (salted) Daun kari 2-3 biji cili padi | potong (ikut kepedasan masing-masing) Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, tumiskan mentega dan bawang putih. Masukkan cili padi, daun kari, kuning telur. Goreng sehingga berbuih. 2. Masukkan udang/ayam/sotong. Masukkan garam dan gula. Gaul rata. 3. Masukkan spaghetti dan 5 sudu besar air rebusan spaghetti. Gaul hingga sebati. Tutup api setelah sedikit kering. Sedia dihidang.
1. Boleh tambah sedikit susu segar (1/2 hingga 1 cawan) jika mahu versi basah 2. Boleh tambah sedikit susu sejat jika mahu lebih lemak. Tak boleh banyak nanti muak. 3. Boleh guna resipi sama untuk udang/ketam/sotong/ayam goreng telur masin. Udang/ketam/sotong/ayam diperap dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung jagung (jangan tambah air, nanti keras) dan digoreng terlebih dahulu. Selebihnya ikut resipi di atas.
Kredit resipi: Hani Mohamed
SPAGHETTI BUTTERMILK TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
Mentega 1 labu bawang putih 1 sudu besar perencah tomyam Daun Kari Daun limau purut Susu sejat 1 kiub pati ayam knorr ½ bungkus spaghetti Chili flakes 1 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT:
1. Rebus spaghetti. Sementara tunggu spaghetti masak, panaskan kuali/pan. Masukkan mentega (ikut suka nak banyak mana). 2. Goreng bawang putih sampai naik bau (bawang putih tu dihiris dulu). Masukkan daun kari, daun limau purut, kiub pati ayam dan susu sejat. Kacau rata. 3. Masuk perencah tomyam. Kacau. Masukkan chili flakes. Kacau sehingga mendidih. 4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan spaghetti yang telah ditoskan. Gaulkan dan matikan api Sedia untuk dimakan. 5. Tak perlu letak garam sebab kiub ayam dan perencah tomyam dah masin. Kalau nak letak udang atau sotong, boleh je.
Kredit resipi: Jauhari zazul
SPAGHETTI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
1 peket spageti (boleh belaka jenama apa dan jenis pasta pun boleh) 2 ½ tin susu sejat atau susu kotak (kalau nak guna 2 tin susu, ½ lagi tu air pun boleh) Marjerin + minyak (untuk menumis) Daging cincang Bawang merah | potong dadu 1 sudu besar tepung gandum Cendawan & sosej 3 keping cheese slice Lada hitam | kisar @ tumbuk Perisa maggi cukup rasa Garam & gula Parsley & oregano (kalau tak ada tak apa)
1. Rebus spaghetti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak 2 sudu besar minyak masak, untuk elakkan dari melekat masa sejuk. 2. Panaskan majerin + minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing. 3. Masukkan tepung gandum, kacau lagi sekejap dan masukkan lada hitam serta daging. Kacau lagi sampai naik minyak. 4. Masukkan cendawan dan sosej, kalau tak nak letak pun tak apa. Masukkan susu. 5. Bila nampak susu dah naik wap menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perisa. Kacau rata. 6. Akhir sekali, kalau ada herba kering, boleh masukkan. Lagi umpph rasa dia. Parsley atau oregano, boleh belaka, nak letak dua-dua pun beres. 7. Bila sejuk, kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab ada gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit, boleh makan.
Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud
SPAGHETTI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holland | potong dadu 6 ulas bawang putih | potong dadu 1 tin cendawan butang | hiris nipis Capsicum hijau & merah | potong dadu Udang | dibuang kulit 2 sudu besar mix herbs 3 sudu besar chili flakes 1 kiub pati ayam (optional) 2 sudu besar serbuk lada hitam 500gm @ 1 peket spaghetti Garam & olive oil Parmesan Cheese
CARA MEMASAK:
1. Rebus spaghetti dahulu. Apabila dah masak, toskan. 2. Panaskan olive oil. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai layu. Masukkan udang, goreng sekejap. 3. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper dan kiub ayam. Goreng sekejap. Masukkan cendawan dan capsicum. Kacau. 4. Masukkan garam secukup rasa. Kacau lagi. Masukkan spaghetti yang telah direbus, kacau sebati. 5. Taburkan sedikit chili flakes dan parmesan cheese. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Adilah Jaafar
SPAGHETTI BOLOGNESE MEATBALL
BAHAN-BAHAN:
1 paket spaghetti | direbus 1 biji bawang holland | potong dadu ½ peket isi daging cincang 1 botol sos pasta mushroom (adabi) 1 botol sos pasta asli (adabi) 3 sudu sos cili 2 sudu cili kisar 2 ulas bawang putih | potong dadu 1 biji tomato | potong dadu Bebola daging atau bebola ayam (pilihan) Sedikit cili padi dihiris (ikut nak pedas mana) Sedikit blackpapper ajishio Garam jika perlu & perasa tambahan (ajinomoto)
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang putih, cili kisar, bawang holland dan cili padi. Masuk daging cincang, sosej dan bebola daging atau ayam. Masukkan sedikit air, tunggu hingga masak. 2. Kemudian masukkan sos pasta, sos cili dan sedikit air, masukkan tomato yang dipotong dadu tadi. 3. Tunggu sehingga sos menggelegak. Letak sedikit blackpapper ajishio. Boleh tambah air jika nak kuah lebih dan boleh tambah garam jika perlu. 4. Tutup api dan hidangkan bersama mee spaghetti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidang. *Spaghetti direbus hingga lembut, toskan airnya. Letak sedikit minyak.
Kredit resipi: Eniza M. Salim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi sambal kicap Johor yang sedap, padu dan tahan lama! Cicah apa pun jadi — dari pisang goreng hingga soto. Resipi mudah Ani Zam ni memang wajib cuba.