Makan

Kuetiau Kung Fu Makan Panas-panas Paling Sedap. Lagi Padu Ada Kicap Cili Potong!

Share

Kuetiau Kung Fu menu yang sesuai untuk makan malam. Makan panas-panas ada pula kicap cili potong memang mantap.

Letak segala jenis sayuran dan juga haiwan, mesti meriah dan menyelerakan.

Kalau ada stok yee mee dekat rumah boleh jadikan alternatif selain kuetiau. Memang sedap pasti tak menyesal kalau buat.

KUETIAU KUNG FU

BAHAN-BAHAN (untuk 3 orang makan):

500 gm kuey teow/ 3 keping yee mee

3 biji telur

Sedikit lada sulah

CARA MEMASAK:

1.Panaskan sedikit minyak. Pukul 1 biji telur dgn lada sulah hingga rata dan masukkan kuetiau anggaran seorang makan kacau rata. Goreng hingga garing. Angkat dan Ketepikan.

BAHAN-BAHAN KUAH:

3-4 ulas bawang putih – ketuk

1 mangkuk isi ayam

5 ekor udang

3 ekor sotong

1 batang karot dihiris

2 pohon sayur sawi

1 mangkuk bunga kubis

1 sdk lada sulah

1 kiub ayam

1 1/2 sdb tepung jagung + air sikit

Air anggaran 4 cawan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan udang.
  3. Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, carrot dan sayur sawi.
  4. Akhir sekali, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
  6. Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

KREDIT: Rozmaliza Omar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Azlin