Semalam terliur tengok orang share kat fb.Hari ni ajak cik abang pergi kedai beli bahan-bahan, balik terus masak. Perghhh,puas hati dapat makan macam ni,bertambah-tambah semua makan.
Kuetiau sup chinese style
Resipi kuah: Bahan-bahan: Bawang putih (ikut nak banyak mana) Air Fish ball Fish cake Sayur I ketul kiub ayam
Cara memasak : 1.Tumis bawang putih 2.Masukkan air ikut nak banyak mana 3.Masukkan fish ball,fish cake dan kiub ayam 4.Dah mendidih masukkan sayur 5.Akhir sekali masukkan garam dan gula (Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit,wangi je)
Resipi minyak bawang putih : 1 labu bawang putih-(dipotong dadu) Minyak secukupnya
Cara memasak: 1.Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat.
Ads
Resipi cili kicap :
Bahan-bahan: Kicap cair sikit Kicap manis sikit Minyak bijan sikit Cili potong
Kuetiau macam biasa,kita celur air panas saja. Siap untuk dihidang Sumber : Nur Habibah Yapani
Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai ini memang sesuai sangat dengan mak-mak yang nak sediakan sajian ringkas untuk famili. Kadang-kadang kita ingin sajian yang serba ringkas. Yang penting semua ahli keluarga berselera menikmati makanan yang dihidangkan. Guna patty burger pun sudah boleh dapat hidangan yang sedap! Apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
RESIPI DAGING BAKAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 keping patty burger 1 sudu besar sos tiram –BELI ONLINE 1 sudu besar sos ikan –BELI ONLINE 1 sudu besar gula nipah/Melaka –BELI ONLINE 1 ikat daun ketumbar 1 sudu besar beras –BELI ONLINE 2-3 ulas bawang merah ros 1 biji limau nipis 1 sudu besar empingan cili
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buat sos pencicah terlebih dahulu. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.
2. Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.
3. Rasa sos ini. Perasakan ikut cita rasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.
4. Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas!
5. Perap patty burger dengan sos tiram sekejap.
6. Walaupun daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ini. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.
7. Bila sudah masak patty itu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi! Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun sesuai. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja.
8. Inilah hasilnya. Saiz sajian ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.
2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu.Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.
3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.
4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.
5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam.Sediakan ketulan ais.
6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak.Isi ayam juga lebih segar.Toskan.
7. Potong 4 ayam yang telah ditos.Susun di atas pinggan.
8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.
BAHAN NASI AYAM:
1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tos
Beberapa keping lemak ayam
Sedikit mentega
Beberapa keping halia
Serai
Daun pandan – disimpul
Kuah sup secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega.Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
Masak seperti biasa.
BAHAN SAMBAL CILI
1 hiris nipis halia
4 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu makan cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kuah sup
CARA MEMASAK:
1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.
2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama.Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.
BAHAN TAUGE STIR FRY
2 genggam tauge
Sedikit kucai
2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.
3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai.Balik-balikkan.
4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.
Sambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan di atas. Atau boleh juga guna chopper, lebih mudah.
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!