Kuetiau Theng. Hidangan Ringkas, Mudah Dan Mesra Poket

Share

Buntu nak masak apa? Kuetiau Theng penyelamatnya. Menu sup ringkas, guna sedikit sahaja bahan, tapi boleh buat makan bertambah.

Bahan pun mudah dan murah sahaja. Menu berkhasiat pula tu. Di samping dapat berjimat-cermat, dapat juga menghangatkan tubuh apabila menghirup kuah sup panas itu.

Jom kita cuba resipi perkongsian daripada Aisyah Amirah ini. Sebagai seorang pelajar, hidangan ini mesra poket juga bagi pelajar yang sedang berjimat-cermat sepertinya. Paling penting, mudah, murah dan sedap, katanya.

BAHAN SUP:

Kuetiau

Halia – Boleh beli online di sini

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Ayam

Air

Kiub ayam – Boleh beli online di sini

Garam

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk sekaligus.

Kemudian, tambahkan kiub ayam dan garam.

Bila dah menggelegak, keluarkan isi ayam dan carik-carikkan.

BAHAN GARLIC OIL:

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Minyak

CARA MEMASAK:

Goreng bawang putih yang telah dipotong kecil-kecil sehingga golden brown.

Jangan lama sangat, nanti pahit.

BAHAN CILI KICAP:

Cili

Minyak bijan – Boleh beli online di sini

Kicap – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Cili dipotong kecil. Kemudian, campurkan minyak bijan dan kicap.

BAHAN TAMBAHAN:

Fish cake (digoreng)

Sawi pakchoy (dicelur)             

Daun bawang (dihiris)

CARA MEMASAK:

Gorengkan fish cake, celurkan sawi pakchoy dan hiriskan daun bawang jika mahu.

Cara hidangan, letakkan kuetiau dan susun ayam yang telah dicarik, garlic oil, cili kicap, sawi pakchoy, fish cake, dan daun bawang. 

Kemudian, boleh tuangkan kuah sup panas tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Aisyah Amirah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida