Kuetiau Theng Memang Layan, Boleh Berpinggan Menikmatinya

Share

Korang pernah makan  kuetiau theng tak? Rasa sup yang pedas digabungkan dengan rasa masam memang kaw kaw sedap. Bagi menyediakan sup, bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih ,bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan biji ketumbar hendaklah ditumis untuk memberikan aroma rasa yang lazat.Jom kita buat untuk makan tengah hari nanti

Bahan-bahan kuah:

Bahan tumisan : Bawang merah,bawang putih,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,biji ketumbar
Ayam
Kicap
Garam
Gula
Ajinamoto/serbuk perasa
Akar ketumbaq / akar daun sup
1 sudu makan cuka makan
3 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Serai (diketuk)
Air secukupnya

Cara memasak: 

1.Mula-mula tumis bahan tumisan tadi.

2.Dah wangi masukkan serai,air,kiub pati ayam berserta ayam.

3.Bila dah mendidih masuk ajinomoto,garam,gula,cuka,kicap,sos ikan secukup rasa.

Bahan-bahan hiasan :
sayur kangkung
taugeh
daun sup / daun bawang kalau nak
bebola ikan / bebola daging
cili flake serbuk (kalau tak ada cili kering tu goreng blend bersama dengan minyak dan masak atas kuali goreng sampai garing) dan masukkan sedikit garam
kacang tumbuk
limau nipis
fishcat / tauhu
cebisan isi ayam dicarik2
bawang putih goreng kalau nak
bihun /kuetiaw/maggi
celur bahan-bahan yang perlu dicelur kemudian hiaskan. siap untuk dihidang

Kredit: Cik Merpati Putih

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.

 

Published by
Putri