Kuetiau Udang Telur, Sedap & Senang Membuatnya.

Share

Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.

KUETIAU UDANG TELUR
BAHAN-BAHAN

  • 500gm kuetiau
  • 150gm udang | buang kulit dan kepala
  • 3 pokok daun bawang | hiris 2-3cm
  • 150gm tauge
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2 ulas bawang merah | dadu halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, kacau rata dan letepikan.
  2. Menggunakan kuali sama, tambah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  3. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Tambah udang di dalamnya,kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
  5. Masukkan pula sos cili, tiram dan kicap.
  6. Tambah sedikit air, kacau dan masukkan kuetiau.
  7. Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam.
  8. Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah digoreng tadi, tauge dan daun bawang.
  9. Setelah sekata dan cukup rasa. Tutup api.
  10. Kuetiau sedia dihidangkan. Kalau suka hidangkan bersama hirisan cili potong.
Published by
Norasida Myasin