Kuey Teow Basah Seafood akan lebih sedap bila ada campuran udang, sotong dan kerang. Pendek kata bila makan boleh buat kita bertambah-tambah. Mana cukup sepinggan. Bila masak sendiri lagi puas sebab kita boleh tambah bahan-bahan lebih banyak ikut cita rasa kita. Marilah kita buat Kuey Teow Basah Seafood seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI KUEY TEOW BASAH SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
½ kilo kuey teow 3 ulas bawang putih(diketuk) – BELI ONLINE 2 sudu besar cili kisar 3 biji telur Segenggam tauge Kucai Udang Sotong 1 biji tomato dibelah 4@6 1 batang cili merah (dihiris) – BELI ONLINE 2 sudu besar sos tiram – BELI ONLINE 2 sudu besar sos tomato – BELI ONLINE 2 sudu besar sos cili – BELI ONLINE 4 sudu besar@agak-agak kicap manis 1 sudu besar sos ikan Garam secukup rasa 1 sudu besar gula – BELI ONLINE 1 sudu kecil serbuk perasa Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Minyak masak dipanaskan dahulu.
Ads
2. Gorengkan telur serta hancurkan telur dalam kuali, angkat dan diasingkn ketepi dahulu.
3. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
4. Setelah masak, masukkan pula cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan udang, sotong dan masak seketika
6. Apabila sotong dan udang telah masak, masukkan kicap, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan juga serbuk perasa. Masukkan sedikit air jika perlu.
7. Masukkan tauge, kucai, kuey teow, tomato, cili merah dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul sekata. Siap. Bolehlah dinikmati.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Siapa suka sangat bihun sup PAMA.Bihun sup ala ala bihun sup segera brand PAMA versi jimat dan boleh makan sampai kenyang.Senang, cepat dan sedap rasanya sama macam bihun PAMA tu. Nak lagi best, tambah isi ayam dan telur goyang. Memang tak menyesal cuba.
Bihun sup ala PAMA
Bahan-bahan:
Bawang putih
Isi ayam
Kiub pati ayam
Garam
Serbuk lada
Minyak masak
Air secukupnya
Telur
Daun Sup
Cili flakes
Asam limau
Cara membuat:
Bawang putih dicincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
Letakkan bawang putih yang ditumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
Masukkan bihun ke dalam kuah sup (bihun tak perlu direbus terlebih dahulu)
Pecahkan telur dan biar sekejap hingga telur separuh masak. Perlahankan api.
Akhir sekali taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk dihidang. Jangan lupa perah asam limau tau
Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resipinya pun ada bermacam jenis. Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak. Memang berbaloi untuk dicuba. Anak-anak dan suami anda pasti suka.
Sedikit ayam – empunya letak 4 ketul bahagian yang bertulang, potong kecil)
3 paket bebola ikan
1 paket kek ikan
8 keping tauhu kering – jangan banyak
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan kisar hingga agak garing. 2. Masukkan bahan pes. Tumis hingga betul-betul naik minyak. 3. Masukan santan. Biarkan mendidih dan barulah dimasukkan kentang kisar, air dan ayam. 4. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. 5. Bila sudah mendidih ganas, masukkan isi kerang dan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa mengikut selera. 6. Tauhu kering letak terakhir sekali supaya kuah tak kering diserap tauhu.
7. Hidangkan kuah Mi Kari bersama bahan-bahan lain.