Apa menu anda untuk minum petang? Selain kuih muih teringin rasanya nak makan yang simple dan mengenyangkan. Jom ubah selera makan kuey teow sup chinese style ni pula. Memang tidak jemu makan walau berkali. Tambah enak bila dicampur dengan minyak bawang putih bersama cili potong. Memang puas hati makan.
Kuey Teow Sup Ala Kopitiam
Kuey Teow Sup Ala Kopitiam
Bahan-bahan:
Isi ayam
Fishball
1 kiub ayam
Lada sulah
Kuey teow
Cara membuat sup:
Bahan cili kicap:
Cili
Kicap masin
Cara membuat:
1.Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.
Bahan minyak bawang putih:
1 labu bawang putih
Minyak
Cara membuat:
1.Cincang satu labu bawang putih. Nak senang pakai chopper.
2.Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.
Cara penyediaan:
1.Masukkkan kuey teow dalam mangkuk.
2.Susun isi ayam, sendukkan sup beserta fishball.
3.Masukkan cili potong dan minyak bawang putih.
Kredit: Siti Rahayu Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official