Kuey Teow Thng Original Chinese Style, Rupanya Kena Letak Sengkuang Baru Kuah Lagi Sedap

Share

Kuey Teow Thng antara menu yang sesuai dinikmati untuk minum petang. Tidak terlalu ‘berat’ dan tidak pula ‘terlalu ringan’ pendek kata hidangan yang sedang-sedang sahaja. Enak dinikmati ketika panas, bila kuahnya sedap, habis kuah dalam mangkuk dihirup. Jom kita cuba buat Kuey Teow Thng mengikut resipi yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry

RESEPI KUEY TEOW THNG

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Fishball & fishcake
Serbuk lada putih – BELI ONLINE
Lada putih biji ditumbuk
1 biji sengkuang (saiz sederhana je agak besar bulatan burger)


Gula batu atau gula biasa – BELI ONLINE
2 batang serai diketuk
Batang saderi (optional)
2 kiub pati ayam
Garam & serbuk hilal
Taugeh, daun bawang
Cabai kicap
Mi/Koey Teow/Maggie/Bihun

CARA MEMBUAT:

1. Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2. Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

3. Bila sudah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap kuah!

4. Fishball dan fishcake boleh dicelur atau goreng. Jika goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.

5. Minyak bawang putih:
Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak itu ya. Biar sahaja, hendak makan ceduk sesudu.

6. Cili kicap:
Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang dan bawang putih 5 ulas. Tengok saiz, kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Boleh guna campuran kicap Mudim dan kicap Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!

7. Sudah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.

Sumber kredit: Fatyn Zamry

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has