
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
- 6 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
- 1 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
- Pukul telur sampai kembang
- Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
- Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
- Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Kredit: Wan Amira Wan Hanapi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap & Mudah Buat.

Emm… enaknya menjamah kuih muih tradisional dan lama ni. Rasa lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Walaupun dekat kedai terlalu banyak manisan dan pencuci mulut moden, kuih muih lama tetap ada peminatnya. Jom, kita cuba resipi yang RASA sediakan ini. Pasti memikat selera semua.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu teh minyak sapi
- 1/ 2 sudu teh garam
- 2 cawan air
- Sedikit pewarna kuning
Inti:
- 200gm isi ayam kisar
- 2 labu bawang besar | dicincang halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
- 1 sudu teh serbuk kari
- 50ml air
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
- 20gm bawang goreng
- 20gm daun sup | dihiris
- 2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
- Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
- Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
- Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
- Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
- Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
- Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 375ml air gula melaka
- 1/2 sudu teh air kapur
- 1/2 biji kelapa parut
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
- Masukkan air kapur dan kacau sebati.
- Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
- Kukus selama 30 minit.
- Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
- Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung kacang hijau
- 480gm gula pasir
- 500ml santan
- 750ml air
- 2 keping manisan
CARA MEMASAK:
- Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
- Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
- Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
- Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
- 1 sikat pisang nangka | dilecek
- 300gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 100gm kelapa parut
- 100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
- Garam secukup rasa
- Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
- Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
- Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
- Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
- Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
- 360gm tepung beras
- 2 sudu makan tepung ubi
- 240gm gula
- 240gm gula merah
- 1 liter air
- 2 sudu teh air kapur
- 1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
- Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
- Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
- Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
- Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
- 100gm tepung kastad
- 50gm kelapa parut
- 1 biji kelapa |diambil santan
- 300gm gula pasir
- 2 biji telur | dipukul sedikit
- 1 sudu teh esen vanila
- 125ml minyak kelapa
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
- Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
- Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
- Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Resipi Cucur Sayur Bilis Ni Biasa-Biasa, Bila Lapar Jadi Sangat Luarbiasa

Sarapan pagi dengan cucur memang boleh layan sampai sepinggan. Tambah pula musim hujan begini. Kadang yang sedap, cucur sayur bilis buat alas perut. Tak kira lah pagi, petang dan malam boleh masak untuk sekeluarga makan.
Jom saya share cara cucur sayur bilis ni. Letak udang jadilah cucur udang.Ikut apa bahan yang ada. Resipi ni biasa-biasa, bila lapar jadi sangat luarbiasa.
Cucur sayur bilis
Bahan-bahan:
Campuran sayur ikut suka. Ada tauge dan kucai dalam peti ais. Jadi guna apa yang ada.
Ikan bilis secukupnya
6 cawan tepung gandum
4 sudu tepung beras
1sudu teh baking powder
1 biji telur
garam secukup rasa
Air suam secukupnya -ikut kepekatan yg kita suka
Bahan kisar
4-5ulas bawang kecil
4-5 ulas bawang putih
Cara memasak:
1.Gaul semua, tepung dengan air suam sikit-sikit dan rasakan garamnya ikut kepekatan adunan. Yang ni nak jemput jari nanti, jadi likat sikit adunannya.
2.Kemudian campurkan semua sayur dan bilis yang dah basuh bersih, mesrakan semua. Rehatkan adunan dalam 30 minit untuk bagi gluten tepung kembang dan mesra sebati.
3.Ok dah siap, boleh goreng.
Kredit : Salasiah Abd Kadir
INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap. Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang
Kentang Berinti Padat Dengan Isi. Makan Panas-Panas Gerenti Habis Sepinggan
Anak Seni Norlie Tamam, Syukur Permintaan Asam Pedas Fuhhlaamak Meningkat Di Musim Covid-19
Kuih Cara Lemak Manis Sedap DiMakan Semasa Moreh

Isi Kandungan
ToggleMacam mana hebat pun kuih moden, pasti kuih tradisi juga jadi kesukaan seperti bahulu, lompat tikam dan sago gula Melaka. Keenakan rasa kuih tradisi memang tiada tandingan. Kuih cara juga antara kesukaan ramai sama ada kuih cara manis mahupun berlauk.
KUIH CARA
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (10 helai blend)
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam/pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sampai sebati
2.Panaskan acuan
3.Sapu minyak atas acuan
4.Tuang adunan tunggu sekejap baru letak sedikit gula dihabagian tengah adunan tadi.
5.Cungkil adunan guna lidi nampak kekuningan, adunan menjadi pejal bole angkat.
Siap untuk dihidang.
Kredit: Vee Muhamad