Sedapnya Kuih Angku ni. Ia adalah kuih kegemaran ramai terutamanya bagi Peranakan Baba dan Nyonya. Kuih ni ada acuan dia sebenarnya tapi boleh je hasilkan jika tiada acuan tersebut. Guna je apa yang ada. Janji sedap dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUIH ANGKU SEDAP TANPA ACUAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut – beli online DISINI
  • 1 cawan tepung gandum – beli online DISINI
  • Secubit garam – beli online DISINI
  • 1 kotak santan – beli online DISINI
  • 1/2 kotak air suam
  • Pewarna makanan secukupnya – beli online DISINI
  • Pes kacang merah untuk inti – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam bekas.

2. Kemudian masukkan santan dan air suam. Adun hingga sebati.

3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yang anda inginkan. Uli hingga bercampur sempurna warnanya.

IKLAN

4. Ambil pes kacang merah dan bulat-bulatkan untuk dijadikan inti. Selain kacang merah, boleh juga guna inti lain seperti kacang hijau, peanut butter atau kelapa parut.

5. Bulatkan dahulu doh untuk mendapatkan saiz bulat yang sama. Kemudian barulah masukkan inti kacang merah ke dalam doh. Caranya leperkan doh, masukkan inti dan tutup semula jadikan bebola.

6. Setelah inti dimasukkan, bentukkan doh mengikut bentuk atau corak yang anda ingini. (empunya resipi cuma gunakan lidi sate untuk mendapat corak seperti di dalam gambar). Lapikkan doh di atas plastik atau sebaiknya guna daun pisang.

7. Masukkan kuih ke dalam periuk kukus dan sapukan sedikit minyak masak ke atas Kuih Angku supaya teksturnya tidak menjadi kering.

8. Kukus dan tutup dengan kain bagi mengelakkan air didihan terjatuh ke atas kuih.

9. Kuih Angku yang telah siap dikukus dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Nak kukus kuih tapi tak ada PERIUK KUKUSAN? Boleh pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut Macam Kapas!

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official