Kuih Apam Telur Enak Dimakan Dengan Kelapa Parut

Share

Menu petang ni kita buat kuih Apam Telur Terengganu, ada yang panggil apam lambung. Pasti ada peminat kuih ni. Buatnya mudah saja yang penting kena ada yis dan kelapa parut untuk melengkapkan rasa apam ini.
Apam Telur
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI


1 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil yis mauripan-BELI ONLINE DI SINI
Garam secukup rasa
½ cawan gula(kalau suka manis letak lebih)
Pewarna kuning
Perasa vanilla (hilangkan hanyir telur,tak letak pun tak apa)
2 cawan air
5 biji telur 
Kelapa parut putih sahaja (kukus dan campur sedikit garam untuk tahan lama)

Cara membuat:

1.Campurkan tepung beras,yis,tepung ubi,garam dan gula.


2.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau rata.Tutup,biarkan 1 ke 2 jam.
3.Lepas itu ambilkan adunan tadi,masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla.


4.Kemudian masukkan dalam satu bekas,Masukkan telur,pukul hingga sebati.
5.Masukkan ke dalam bekas acuan (sapu minyak).

 

6.Bakar atas api perlahan, bila keperangan(boleh bakar bahagian bawahnya) dan masak boleh angkat dan dimakan dengan kelapa parut.
Kredit: Muliadi Ramli

Published by
Putri Adila Saari