Kuih Bait, Antara Kuih Lama Yang Susah Nak Jumpa

Share

Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja

Kuih bait, antara kuih lama yang susah nak jumpa. Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, rasanya sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau.

 

RESIPI KUIH BAIT

BAHAN DOH:

150gm tepung pulut – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 kerek kecil nise Kelantan – beli online di sini


100ml santan (1/2 kotak kecil) – beli online di sini
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam

TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus 

TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese 

CARA MEMBUATNYA:

1. Masak nisse dengan santan, air dan daun pandan. Biar cair kesemuanya. Ketepikan.
2. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gaul sebati. Masukkan air nisse tadi.


3. Uli sampai jadi doh dan tidak melekat di jari. Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN INTI KACANG HIJAU:

120gm kacang hijau | rendam 3 jam, dimasak sampai empuk


100ml santan
2 biji bawang merah | dimayang & ditumis – beli online di sini
½ kerek kecil nisse
2 sudu besar gula –beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMBUATNYA:

1. Rebus kacang. Apabila sudah empuk, masukkan nisse, santan dan gula.
2. Apabila hampir kering dan pekat, masukkan bawang yang ditumis tadi. Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.


3. Apabila bahan semua dah siap, layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak. Ambil doh bentukkan bulat, masukkan inti kacang, bulatkan kembali.
4. Kemudian buat kelongsong atau kon dari daun pisang. Kukus selama 20 ke 25 minit. Siap untuk dimakan.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff