Kuih Bait Inti Kacang Hijau, Kuih Orang Lama Dengan Rasa Lemak Manis

Share

Kembali ke kampung jom kita imbau nostalgia lama dengan membuat kuih tradisi. Kuih bait ni adalah kuih lama memang sukar nak jumpa. Rasanya memang sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau. Pasti ada penggemarnya sehingga kini.

KUIH BAIT
Bahan doh:
150g tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 kerek kecil nisang
100ml santan (setengah kotak kecil)
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara membuat;
1.Masak nisang dengan santan dan air, daun pandan. Biar cair kesemuanya, ketepikan.
2.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.Masukkan air nisang tadi.
3.Uli sampai jadi doh dan tidak melekat dijari.Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.

Bahan inti kacang hijau:
120g kacang hijau ( rendam 3 jam ,dimasak sampai empuk)
100ml santan
2 biji bawang merah( dimayang dan ditumis)
½ kerek kecil nisang
2 sudu besar gula

Cara membuat:
1.Rebus kacang,apabila sudah empuk masukkan nisang,santan,gula



2.Apabila hampir kering dan pekat masukkan bawang yang ditumis tadi.Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap,layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak.
4.Ambil doh bentukkan bulat. Masukkan inti kacang,bulatkan kembali.Kemudian buat kelongsong atau kun dari daun pisang.



5.Kukus dalam 20 hingga 25 minit. Siap untuk dihidang.



Kredit: Muliadi Ramli

Published by
Putri Adila Saari