Bau semerbak kuih bakar kacang ni dah menyelerakan apatah lagi kalau di makan, semestinya cair di mulut yang buat kita berulang nak makan tanpa henti! Resipi yang dikongsikan oleh Siti Hailia di Facebook ini semestinya menjadi. Cara penyediaannya juga tidaklah begitu rumit dan bahan yang digunakan juga tak banyak. Jom kita cuba buat resipi kuih bakar kacang ni sebagai persediaan menyambut Aidilfitri nanti.
KUIH BAKAR KACANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula halus – BELI DI SINI
3 cawan tepung kacang hijau (goreng dan kisar biji kacang hijau)
3 cawan tepung ubi (di sangai) – BELI DI SINI
2 telur ayam.
Santan pekat untuk menguli.
CARA PENYEDIAAN:
1- Campur semua bahan kering.
2- Masuk 2 biji telur, gaul sebati.
3- Tambah santan untuk menguli. Adunan jangan terlampau lembik, nanti bunga kembang , tak nampak bentuk. Lepas uli, rehatkan sekurang kurangnya setengah jam.
4- Tempat kuih ikut acuan kegemaran.
5- Bakar suhu 160/20 min (bergantung oven masing)
6- Sejukkan kuih sekurang kurangnya satu jam sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Siti Hailia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official