Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan air daun pandan
- 2 cawan santan/1 kotak kecil
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
- Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
- Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
- Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
- Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
- Selamat mencuba!
Sumber: Tsu Feh Sufiah
SELAMAT MENCUBA!
Durian Belanda Goreng, Menu Minum Petang Yang Pelik Tapi Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tosai Sedap Hidang Bersama Chutney Kelapa Atau Kari Dhal
Sempena Deepavali teringin sangat nak makan tosai buatan sendiri boleh follow resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen ini . Boleh makan puas-puas tanpa rasa ragu-ragu. Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk. Bertahan sehingga 3-4 hari.
Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :
2 mangkuk beras – rendam 8 jam
1 mangkuk kacang dhal
1 kepal nasi sejuk
Sedikit biji halba,jintan putih dan biji sawi
sedikit air
sedikit garam
Cara memasak :
1.Beras dan kacang dhal direndam selama empat jam bersama biji halba,jintan putih dan biji sawi.
2.Kemudian dikisar sampai hancur.Masukkan nasi sejuk dalam satu genggam.Tambah air sikit kalau adunan pekat ye… diperam selama 8 jam dalam suhu bilik.
3.Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang,
4.Seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan.(seperti membuat lempeng) Api perlahan saja.
5.Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.
6.Siap boleh di lipat dua dan hidang bersama chutney kelapa atau kari dhal.
Tip:
Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.Bertahan sehingga 3-4 hari.Lagi lama lagi sedap kerana proses perapan tu akan menjadikan tosai ada rasa sedikit masam.
Itu yg sedap!!
Kredit foto & resipi: Rozel Linda
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Cara Buat Snek Omapodi Sedap. Wajib Ada Bila Sambut Deepavali.
Maruku Kacang Peas Sukat Cawan. Ralitnya Ngunyah Di Cuti Deepavali Nanti
12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Dicuba Bulan Puasa Nanti.
Puasa tak lama lagi, kuih muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai. Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa, namun rasanya tidak mengecewakan, tetap sedap. Lemak manisnya tetap menambat selera, tapi kalau korang nak cuba buat sendiri, ini 12 koleksi resipi talam RASA kongsikan.
TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan
- 1/4 sudu teh garam
- sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
- Bahagikan adunan kepada dua
- Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
- Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
- Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
- Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
- Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
TALAM LAPIS SAGU
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN SAGU:
- 1 1/2 cawan sagu
- 2 cawan air
- 1 cawan air
LAPISAN ATAS:
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 cawan santan
- 2 cawan air
- 3/4 cawan gula
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
- Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
- Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
- Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
- Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
- Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
- Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
- Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
- Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
- Apabila naik wap, tutup api.
- Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
- Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
TALAM PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 1 1/2 cawan gula
- 2 1/4 cawan tepung beras,
- 1/3 cawan tepung gandum,
- 5 ½ cawan air pandan | 10 helai daun pandan
- 1 ½ sudu makan air kapur
LAPISAN ATAS:
- 1/3 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 4 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan bawah (warna hijau).
- Kemudian kacau agar tidak bergentel.
- Masak hingga berwap dan gula hancur.
- Isikan dalam loyan yang disapu minyak.
- Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
- Untuk menyediakan bahagian atas (warna putih).
- Campurkan semua bahan.
- Kacau dan masak atas api sederhana hingga naik wap.
- Perlahan-lahan tuang atas lapisan warna hijau.
- Kukus lagi hingga
- Potong apabila talam betul-betul sejuk.
TALAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 350gm tepung beras
- 60gm tepung gandum
- 1 sudu makan tepung ubi
- 350ml santan pekat
- 700ml air
- 120gm gula kastor
- 300gm jagung manis dalam tin
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna kuning
LAPISAN ATAS:
- 150gm tepung gandum | diayak
- 150gm gula kastor
- 250gm santan pekat
- 450gm air masak
- 20gm daun pandan
- 2 biji telur
- 1 sudu teh perasa pandan
CARA MEMASAK:
- Untuk bahagian bawah, campurkan tepung beras, jagung dan ubi. Ayak bersama dalam dalam bekas kemudian campurkan dengan santan pekat dan air.
- Kacau sebati sehingga tidak berbintil, kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk.
- Masuk pula gula kastor, jagung manis, garam dan pewarna, gaul sebati.
- Panaskan atas api, kacau sentiasa dan biarkan sehingga naik wap.
- Tuang adunan dalam loyang yang telah tersedia dan ratakan.
- Kukus selama 25 minit.
- Untuk menyediakan lapisan atas, satukan kesemua bahan-bahan.
- Seterusnya kacau sebati dan tapiskan dalam periuk.
- Masak atas api sambil dikacau sentiasa sehingga naik wap.
- Setelah lapisan bawah masak, lorekkan dengan garpu.
- Perlahan-lahan, tuang adunan atas sehingga rata dan kukus lagi selama 25 minit.
- Tutup api pengukus, angkat dan sejukkan.
- Biarkan talam benar-benar sejuk baru dipotong.
TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras
- 200gm keladi
- 100gm udang kering
- 2 sudu teh garam
- 1000ml air
- 500ml santan
INTI DAN HIASAN:
- 200 gm daging kisar
- 2 biji kentang | dadu kecil
- 1 labu bawang besar | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 paket rempah kari daging
- 2 biji cili merah
- 1/2 batang lobak merah | diparut
- Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
- 2 sudu makan minyak
- Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
- Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
- Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
- Sekiranya terdapat minyak, toskan.
- Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
- Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
- Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
- Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
- Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
TALAM SUJI
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 110gm tepung suji
- 110gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 800ml air
- 1sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
- 3 biji telur
- 220 gm gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 200ml santan pekat
- 55gm tepung jagung
- 55gm tepung gandum
- 500ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
- Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
- Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
- Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
- Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
- Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
- Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
- Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
- Kukus selama 25 minit.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 cawan gula
- Sedikit air
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 1/2 cawan air
- Sedikit air kapur
LAPISAN ATAS:
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan lapisan bawah, masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.
- Seterusnya bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.
- Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
- Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garpu.
- Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periuk
- Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.
- Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
TALAM PULUT SEKAYA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 500gm beras pulut | direndam semalaman
- 200ml santan pekat
- 300ml air
- 2 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
- 10 biji telur | dipukul sebati
- 400ml santan pekat
- 250hm gula Melaka | dipotong kecil
- 2 helai daun pandan | dicarik & disimpul
- 1/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Toskan beras pulut dancampurkan dengan santan pekat, air dan juga garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.
- Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat.
- Bagi menyediakan lapisan atas, kisar santan dan gula Melaka hingga sebati.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas diikuti bahan-bahan yang lain. Kacau hingga rata.
- Tuang ke dalam loyang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak.
- Sedia untuk dinikmati.
TALAM LAPIS NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu kecil esen ros
- Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di atas, kemudian adun hingga rata.
- Tapis supaya tidak ada tepung bergentel.
- Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian.
- Buat lapisan putih dahulu dan kukus selama 6 minit.
- Diikuti lapisan merah dan hijau.
- Akahir sekali, kukuskan lagi selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum sedia dipotong dan dihidangkan.
TALAM CRACKERS PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 20 keping biskut
- 400 ml santan
- 1 cawan air pandan (1 cawan air dikisar bersama 3 helai daun pandan)
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 sudu besar gula
- 2 biji telur ayam
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan santan
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Lapisan Bawah:
- Satukan semua bahan di atas kecuali biskut.
- Sediakan loyang. Patah-patahkan biskut menjadi kecil.
- Satukan kedua-dua bahan dan kukus selama 25 minit.
- Kemudian sediakan lapisan atas.
- Satukan bahan di atas dan tuang ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 20 minit lagi.
- Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
TALAM LAPIS CENDOL
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 200 gram tepung beras
- 250 ml santan
- 450 ml air
- 2 sudu besar tepung jagung
- 150 gram gula
- 1 sudu kecil garam
- 250 gram cendol
BAHAN LAPISAN TENGAH:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji telur ayam
- 200 ml santan
- 200 ml air
- Sedikit perasa pandan
- Pewarna hijau
BAHAN LAPISAN ATAS:
[A]
- 30 gram gula pasir
- 100 gram gula merah
- 1 helai daun pandan
[B]
- 80 gram tepung gandum
- 10 gram tepung ubi
- 2 biji telur ayam
- 250 ml santan
- 1/2 sudu besar esen vanila
- 1/4 camca teh garam
CARA MEMASAK::
- Campurkan semua bahan di atas kecuali cendol.
- Masak sehingga naik wap.
- Masukkan cendol dan kukuskan selama 20 minit.
- Untuk lapisan tengah, campurkan semua bahan, adun rata hingga sebati.
- Tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang atas lapisan cendol.
- Kukus selama 20 minit,
- Sementara itu sediakan lapisan atas.
- Satukan semua bahan A lapisan atas, dan masak atas api hingga gula larut. Sejukkan.
- Satukan pula semua bahan B.
- Setelah air gula sejuk tuangkan dalam mangkuk bahan B.
- Adun rata kemudian tuangkan ke atas lapisan cendol dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum sedia dipotong.
TALAM LAPIS UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 4 cawan ubi | diparut
- 1 1/2 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan santan
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 4 cawan santan
- 2 camca teh garam
- 1 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan lapisan atas dan gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau marjerin.
- Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
- Sementara itu sediakan bahan lapisan atas.
- Campurkan semua bahan dan adun rata, kemudian tapis dan masak atas api kecil hingga berwap. Kemudian tuang atas lapisan ubi kayu.
- Kukus lagi 15-20 minit.
- Setelah masak, tutup api dan potong apabila sejuk dan sedia dihidangkan.
Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina adalah malam di mana keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar bersama keluarga. Hidangan tradisional mereka sering dikaitkan dengan kesejahteraan, tuah dan keuntungan besar.
Masa inilah bermacam hidangan lazat dihidangkan. Di antara makanan utama yang dihidangkan semasa makan besar adalah ikan, ladu (dumpling), popia, tangyuan (bebola nasi manis), buah limau, niangao (kek beras pulut) dan mi panjang umur.
NI 7 Hidangan yang harus ada pada malam menjelang Tahun Baru Cina seperti dikongsikan oleh Hana Japre dalam Ohhangat.com.my.
1. IKAN
Ikan sering menjadi menu utama di malam Makan Besar. Dipercayai kaum Cina sering memilih ikan sebagai menu utama semasa makan besar kerana sebutannya dalam bahasa Cina iaitu yú membawa maksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun yang mendatang. Ayam dan itik juga sering dihidang sebagai menu tambahan.
2. LADU
Ladu ialah menu klasik masyarakat cina yang berbentuk bujur. Ia sering disajikan semasa Tahun Baru yang membawa makna kekayaan.
Menurut lagenda, jika seseorang itu makan ladu dengan banyak semasa Tahun Baru, maka mereka akan memperoleh banyak wang.
4. POPIA
Membawa maksud kekayaan, popia sebenarnya adalah hidangan dim sum berintikan sayur, daging atau bahan-bahan yang manis, yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng hingga keemasan. Popia merupakan menu yang popular di Timur China.
4. BEBOLA PULUT MANIS ( TANG YUAN)
Menu popular lain adalah bebola pulut manis (tangyuan), yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk tangyuan yang bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu.
5. MI PANJANG UMUR
Mi panjang umur (longevity noodle) pula dihidangkan bagi melambangkan kebahagiaan dan umur yang panjang.
6. LIMAU MANDARIN
Buah-buahan juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa makan besar atau sepanjang Tahun Baru. Buah yang sering dihidangkan adalah limau, oren dan limau bali kerana bentuknya yang bulat serta warnanya yang ‘keemasan’ memberi makna kekayaan dan ‘penuh’.
7. KEK BERAS PULUT (KUIH BAKUL)
Menu lain yang turut disajikan adalah kek beras pulut (niangao). Menurut kepercayaan kaum Cina, niangao memberi maksud ‘semakin tinggi setiap tahun’. Kuih ini kurang dikenali generasi masa kini berbanding generasi yang berusia .
Ni min kongsikan resipi kuih bakul , kuih tradisional Cina yang patut diwarisi generasi muda tak kira bangsa.
KUIH BAKUL (Kek Beras Pulut)
BAHAN-BAHAN :
- 450 gram tepung pulut
- 188 gram gula perang
- 188 gram gula putih
- 750 gram sirap golden
- 370ml air
- 4 atau 5 tin loyang berukuran 10cm
- Daun pisang dilayur
Cara Membuat Kuih Bakul
1. Gaulkan tepung pulut dengan air sehinggalah sebati adunan. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Mengikut kesesuaian anda biarkan lebih kurang 15 minit.
2. Alas tin dengan daun pisang.
3. Selepas itu, didihkan air dan tuangkan separuh adunan ke dalam tin.
4. Kukus selama 7 atau 8 jam mengikut kesesuaian anda.
5. Apabila kuih sudah masak, ia akan kelihatan berwarna coklat. Biarkan ia semalaman sebelum mengeluarkan kuih itu dari tin.
6. Siap untuk dihidang.
Kredit : wikibooks