Apa yang sedap nak dimakan untuk minum petang nanti. Mungkin boleh buat kuih ini. Di Terengganu menggelarkan kuih belimbing. Makan panas-panas memang layan ditabur gula di atasnya. Lembut dan rangup.
Kuih Belimbing
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum-beli online di sini
2 cawan air
2 butir telur A
2 sudu makan marjerin-beli online di sini
2 sudu makan gula-beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla-beli online di sini
Cara memasak:
1.Didihkan air, gula, esen dan marjerin.Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat-cepat guna senduk kayu
2.Kemudian biarkan adunan sejuk dulu. Baru pecah telur sebutir .Mix sebati,pecah lagi sebutir telur. Mix hingga sebati.
3.Letak adunan dalam acuan. Biarkan minyak panas di kuali. Bila minyak panas, tekan adunan.Kerat panjang lebih kurang 5 cm .
4.Guna api sederhana saja..Goreng agak kuning,kalau nak garing sikit, goreng lama sikit.
5.Angkat kemudian biar sejuk sedikit. Tabur gula. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Mariyanti MN