Kalau anda sukakan kudapan kering, ini satu lagi kudapan yang sesuai dijadikan kuih raya dan paling senang membuatnya. Tak perlu bakar, goreng je. Teringin nak makan, terus je buat, bahan mudah dan tak perlu tunggu raya.

Kuih Biji Ketapang Kudapan Raya  Rangup & Sedap.

KUIH BIJI KETAPANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
100gm kelapa parut
1 biji telur
60gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
50gm marjarin
40gm santan pekat
250gm tepung gandum

1/4 sudu teh baking powder

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Sangai kelapa parut hingga kering dan wangi.
  2. Kemudian kisar halus.
  3. Campurkan semua bahan dalam chopper. Cincang hingga semua bahan bercampur rata dan membentuk adunan sempurna.
  4. Ambil sedikit adunan lalu gulung seperti sosej.
  5. Seterusnya gunting serong, lakukan hingga habis.
  6. Taburkan dengan tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.
  7. Goreng dengan minyak panas denganapi sedang. Angkat dan toskan jika sudah berwarna keperangan.

Recipe: @fridajoincoffee
Made by: @lina.tjoandra
.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI