Makan

Kuih Bingka Pandan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Share

Kuih Bingka Pandan merupakan salah satu kuih tradisional kegemaran ramai. Baunya amat membuka selera hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang digunakan. Nak buatnya pun mudah saja, tak perlu guna banyak bahan. Untuk dapatkan Kuih Bingka Pandan yang lebih enak, gunakan Anchor Whipping Cream dan Anchor Unsalted Butter

. Kuih jadi lebih berkrim dan harum baunya. Tak sabar nak makan waktu berbuka nanti.

KUIH BINGKA PANDAN

Bahan-bahan:

  • 240gram tepung gandum
  • 200ml Anchor Whipping Cream
  • 50gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
  • 480ml jus pandan
  • 180gram gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
  2. Tapis bancuhan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu190-200C selama 50-60 minit atau hingga kuih masak.
  4. Sejukkan dan potong.

 

 

[Sertai

Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma