Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran. Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya sedap dan sama macam mak-mak kita buat dulu. Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
Ads
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
Ads
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
Ads
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Hidangan cucur memang sinonim dengan sajian petang. Ada banyak jenis cucur yang boleh dibuat. Salah satu yang mudah, sedap dan mengenyangkan adalah cucur kentang. Hanya menggunakan tiga bahan, ini cara membuatnya.
Resipi cucur kentang 3 bahan
Bahan-bahan
3-4 biji ubi kentang (dibuang kulit)
8-10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Cara membuat
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut.Toskan.
2. Kemudian lenyek ubi kentang yang direbus tadi, tambahkan garam sedikit.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menjadi adunan.
4. Ambil sedikit dan bentuk menjadi bulat hingga habis.
5. Panaskan minyak goreng. Angkat selepas kekuningan. Sedia dimakan.
Kuih apam memang menjadi kegemaran ramai. Bukan hanya sedap dimakan ketika minum petang, bila-bila masa pun boleh menikmatinya. Jom kita cuba buat apam susu. Selain rasanya yang sedap, ia mudah. Sudah pasti mereka yang kurang mahir akan tertarik membuatnya.
Bahan untuk buat apam susu :
Empat biji telur ayam
Satu sudu teh esen vanila
Satu sudu besar ovalet
Empat sudu besar susu pekat
Dua cawan tepung gandum
Satu cawan gula
Pewarna
Cara Membuat Apam Susu
Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
Masuk susu pekat dan kembali pukul.
Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian Warnakan sesuka hati mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.
Terasa nak makan cucur untuk meinum petang ni? Ha…meh lah cuba Cucur Sosej bersama sayur-sayuran ni. Ada ubi kentang, lobak merah, kucai, dan bawang. Bila dan bercampur dan digoreng, memang sedap! Malah ni juga salah satu resipi yang mudah dan pantas. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji ubi kentang | dihiris kecil
1 biji bawang besar | dimayang
1 biji telur
2 batang sosej | dihiris nipis
1 cawan air sejuk
1 batang lobak merah | dihiris halus
Sedikit daun kucai | dihiris
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!