Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti  daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.

Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.

KUIH CARA BERLAUK

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.

Ads

BAHAN-BAHAN:

Bahan inti daging :

  •  100gm daging cincang
  •  1/2 biji bawang Holland | dipotong dadu
  •  3 ulas bawang putih | dipotong dadu
  •  1 sudu makan rempah kari daging |  dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
  •  Daun sup secukupnya
  •  Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan kuih cara :

  • 1 cawan tepung gandum
  •  1 biji telur  
  • 1 cawan santan 
  •  1 cawan air
  •  1 sudu makan kunyit atau sedikit pewarna kuning
  •  Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Cara masak inti daging :

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak
    Bila dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam.
  2. Masak sehingga daging kering airnya

Cara masak kuih :

Ads

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.
2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil

Ads

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.
3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara
4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili

Kuih Cara Berlauk Lembut, Paling Sedap Dan Mudah.
5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak

Kredit: nuhazkitchen

via FB  : Kuali Mama

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI