
Sedapnya kuih cara berlauk. Inti daging kisar itu yang membuatkan kuih cara berlauk itu sedap dan menyelerakan.
Menerusi perkongsian resipi Kuih Cara Berlauk daripada Norzurah Samudin ini, menurutnya dia membuat kuih ini mengikut versinya sendiri kerana menggunakan acuan kuih bakar. Itu sahaja acuan yang ada dalam pemilikannya.
Ikuti perkongsian resipi Kuih Cara Berlauk air tangan Norzurah Samudin ini. Nampak sedap dan menyelerakan.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
(ADUNAN BATER)
2 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
2 cawan air
¾ cawan santan – Boleh beli online di sini
1 sudu makan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
**Semua bahan dikisar, kemudian tapiskan.
(INTI)
½ kg daging kisar
1 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 cawan air
1 sudu makan garam
½ sudu gula
Sedikit serbuk perasa
½ sudu makan blackpepper – Boleh beli online di sini
2 sudu makan serbuk kari – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Rebus daging kisar bersama 2 cawan air hingga kering.
Kemudian, tumis bahan yang dikisar.
Masukkan serbuk kari dan bahan-bahan lain.
Kacau sampai sekata.
Inti dah siap. Ketepikan.
Panaskan acuan dulu dengan sedikit minyak masak.
Tuangkan adunan bater.
Masak gunakan api dapur paling kecil.
Tunggu separuh masak, baru letakkan inti, daun sup, lada besar merah dan bawang goreng.
Tunggu sampai masak, dah siap.
Selamat mencuba.
Kredit: Norzurah Samsudin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nasi Daging, Air Asam Kerisik Bawang Dan Rendang Telur, Trio Padu!
Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8k9z57
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Beke Ubi Terengganu, Sedap Makan Musim Hujan

Bila sekarang ni asyik cuaca mendung dan hujan je, sedap kalau dapat makan hidangan beke ubi Terengganu kan. Memang asyik lagi-lagi makan bersama keluarga.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, senang sahaja dan boleh dibuat bersama anak-anak. Jom kita cuba!
BEKE UBI TERENGGANU
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
900gm ubi kayu
2 keping nissey @ gula melaka – beli online di sini
10 sudu besar gula merah (untuk warna yang lebih menarik) – beli online di sini
3 helai daun pandan
4 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS PUTIH:
2 ½ kotak kecil santan – beli online di sini
3 cawan air
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
12 sudu besar tepung beras – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Ubi kayu dibuang kulit dan basuh bersih. Kemudian, sagat dan perah. Ada beza rasa atau tekstur ubi bila kita sagat berbanding kisar. Kita buang air yang ada pada ubi untuk elakkan rasa pahit, ketepikan.
2. Masukkan nissey, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak hingga cair kemudian ketepikan. Bila air nissey dah sejuk, satukan dengan ubi kayu.
4. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam loyang. Kukus selama 25 hingga 30 minit. Ketepikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Untuk bahagian atas putih; satukan semua bahan dalam periuk, kacau rata supaya tidak berketul.
6. Selepas itu, baru hidupkan api yang kecil. Masak hingga ia menjadi agak pekat, matikan api.
7. Ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi, letakkan bahagian putihnya.
8. Kemudian kukus lagi 5 hingga 10 minit sahaja, dah siap.
9. Saya suka bahagian atas yang berlemak dan bahagian bawah yang tidak terlalu manis serta kepala santan jenis yang lembik-lembik sikit, rasa lemak-lemak masin sikit.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Je Cara Buat Teh Ais Kaw & Berlemak Di Rumah, Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Menu Menyelerakan Ilham AdikFoods

Sering memuat naik menu masakan di ruangan media sosial facebook mendorong Faezah Binti Sufian lebih serius berkongsi menu yang dimasaknya untuk tatapan rakan-rakan dan juga follower di Instagram pula.
“Akaun instagram dibuka pada tahun 2016 oleh anak. Hanya pos satu dua gambar sahaja. Kemudian saya telah berjumpa dengan seorang sahabat baik, Aimi Masdiana untuk bertanya khabar sambil makan-makan. Dialah yang mencadangkan saya pos resipi-resipi masakan memandangkan saya sering berkongsi gambar-gambar masakan di facebook.
Saya sahut cadangannya dan mengaktifkan akaun instagram yang dibuka oleh anak. Namun saya inginkan kelainan di dalam perkongsian di instagram. Saya ingin berkongsi resipi masakan yang mempunyai kenangan sepanjang kehidupan saya dan adik-beradik semasa kecil bersama-sama arwah mak yang meninggal semasa saya masih berumur 11 tahun.
Maka saya tukar nama instagram kepada “AdikFoods” kerana “Adik” adalah panggilan untuk saya di kalangan keluarga. Manakala “Foods”adalah setiap makanan pasti ada memori di sebaliknya kerana kehidupan kita setiap hari mesti makan dan kenangan juga setiap hari akan berlaku
Dengan hanya menggunakan iPhone menu ini dirakam. Saya pos video berlatarkan muzik nostalgia lagu dari tahun 40an hingga 70an kerana lagu-lagu itulah lagu yang saya dengar ketika mak masih ada. Setiap cerita dan perkataan yang saya lontarkan walaupun secara berjenaka ia ada maksud tersirat serta kenangan ketika dulu. Saya tidak sangka cara begitu menarik perhatian orang-orang yang seangkatan dengan saya malahan orang-orang muda juga kerana mereka mengatakan ia membuatkan mereka teringat memori ibu, bapa serta datuk nenek,”cerita Faezah.
Bekerja di sebuah syarikat swasta tidak menghalang ibu kepada seorang anak muda ini untuk menyediakan makanan kegemaran keluarga. Keluarga terutama suami dan anak-anak sentiasa memberi sokongan terhadap minatnya. Akui Faezah, suaminya rajin ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan. Anak pula sentiasa membantu dari segi shooting dan memantau akaun instagram AdikFoods. Adik beradik serta kawan-kawan juga memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
Minat memasak
Akui Faezah, semasa kecil dia tidak minat memasak dan apabila mak tiada, kakak yang dipanggil Nyah, berumur 12 tahun ketika itu mengambil alih tugas mak untuk memasak dan dirinya pula mengemas rumah. Namun Faezah juga tidak terkecuali memasak untuk adik-adik yang masih kecil ketika kakak tiada di rumah.
“ Masakan pertama saya ilah sambal tumis ikan bilis dan ia telah menjadi kegemaran adik beradik serta keluarga dari dulu hingga kini. Minat memasak timbul apabila berkahwin. Saya memasak untuk suami dan dia tidak pernah memberi komen yang negatif malahan memberi komen yang positif setiap masakan saya. Dari situ, saya punyai semangat untuk memperbaiki cara masakan serta mencuba pelbagai resipi.
Nyah adalah orang utama yang menjadi rujukan, dia bagaikan buku resipi buat saya. Selain itu saya juga belajar daripada sahabat baik Yang Fairuz yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu kerana dia memang pakar dalam pelbagai jenis masakan. Buku-buku resipi oleh chef profesional juga menjadi rujukan.
Saya juga suka mencuba pelbagai jenis masakan yang pernah dirasai semasa melancong. Apabila ada masa terluang saya akan cuba mencipta pelbagai resipi baru untuk keluarga, malah ada yang menjadi kegemaran sehingga kini dan ada juga yang masuk ke tong sampah. Yalah tidak cuba , kita tidak tahu,”akuinya.
Kekuatan masakannya lebih kepada masakan kampung memandangkan menu yang dimakan dan dimasak setiap hari. Dia juga suka memasak makanan barat yang diberi sentuhan orang Malaysia, fusion. Banyak resipi yang diolah dan disimpan untuk anak menantu dan cucu sebagai rujukan mereka apabila dirinya telah tiada kelak.
Memasak sudah menjadi rutin harian, namun ada juga masanya makan di luar untuk mencuba masakan orang lain. Cara begini secara tidak langsung berinya pengalaman dan satu proses pembelajaran. Sebenarnya apabila sentiasa kreatif di dalam masakan, kita tidak akan ketandusan idea. Memasak memerlukan kreativiti. Sambal tumis menjadi kemestian yang diminta keluarga sama ada sambal tumis ikan bilis, udang, sotong atau ayam.
Faezah percaya “air tangan” mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana bau masakan serta menu yang terhidang sentiasa akan mengimbau memori. Seperti mana dirinya rupa masakan sahaja boleh membawa dia kembali ke zaman bersama-sama dengan mak, inikan pula jika ada baunya, lagilah buat diri terus tersenyum.
Tambah Faezah lagi air tangan ibu atau bapa adalah makanan pertama dan selalu masuk ke mulut anak-anak kita, jadi apa yang pertama dan selalu masuk ia akan lekat dan kasih sayang itu akan terpahat di jiwa.
Dikongsikan resipi air tangan Faezah untuk dicuba.
SPAGETI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN
1 paket spageti
7 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar daun parsli -segar atau kering
2 sudu besar empingan cili
1 kiub pati ayam
5 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong
7 biji kupang
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air rebusan pasta
CARA MEMASAK
- Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan ½ sudu daun parsli hingga wangi
- Masukkan empingan cili, tambah ½ cawan air rebusan pasta dan goreng hingga naik minyak
- Masukkan kiub ayam
- Masukkan udang, sotong dan kupang
- Masukkan spageti dan tambah air rebusan pasta jika ia terlalu kering
- Gaul hingga rata dan perasakan dengan sedikit garam, gula perang dan serbuk lada hitam
- Taburkan 1 ½ sudu daun parsli dan sedikit empingan cili
PUMPKIN BUA LOY
BAHAN-BAHAN
BUAH LOY
2 cawan labu yang telah dikukus dan dilenyekkan
4 cawan tepung pulut
Sedikit pewarna oren
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
KUAH SANTAN
1 cawan gula
2 cawan air
500 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
SAGO
1 cawan sago
10 cawan air
CARA MEMASAK
- Campurkan labu lenyek, tepung pulut dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.
- Gaul dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
- Asingkan dua sudu dan masukkan pewarna hijau untuk dibuat tangkai,selebihnya masukkan pewarna oren
- Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan lidi (pencungkil gigi) untuk membuat alur seperti buah labu di sekeliling bulatan. Buatkan lubang di tengah-tengah menggunakan lidi (pencungkil lidi), ambil sedikit doh berwarna hijau dan masukkan untuk dibuat tangkai
- Rebus air hingga mendidih dan masukkan bua loy. Angkat apabila ia timbul dan rendamkan di dalam air sejuk.
- Masukkan gula, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan santan dan buah loy.
- Rebus air hingga mendidih dan masukkan sago yang telah dibasuh. Masak hingga sago menjadi jernih. Bilas dengan air untuk membuang kanji dan rendam di dalam air sejuk.
- Semasa hendak dimakan baru dimasukkan sago ke dalam pumkin bua loy
PULUT JAGUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN
PULUT JAGUNG
3 cawan pulut
2 keping asam keping
3 tongkol jagung – dihiris
300 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
5 helai daun pandan
Daun pisang
Lidi pencungkil gigi
Sambal tumis ikan bilis
CARA MEMASAK
- Rendam pulut dengan asam keping semalaman.
- Masukkan pulut dan jagung kedalam satu bekas, gaul hingga rata. Kukus selama 50 minit bersama-sama daun pandan
- Masakkan santan dan garam sehingga naik wap. Rawakan dengan pulut semasa masih panas.
- Layurkan daun pisang.
- Letakkan pulut jagung di atas daun pisang, leperkan dan letakkan inti sambal tumis ikan bilis.
- Bungkus dengan kemas dan padat, sematkan hujung bungkusan dengan lidi pencungkil gigi.
- Bakar di atas kuali sehingga garing.
- Boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging
TELUR KUKUS (STEAM EGGS CHINESE STYLE)
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
2 cawan air suam
Daun bawang – dihiris halus
Cili merah-dibuang biji dan dihiris halus
4 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
Minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Sedikit serbuk pati ayam
CARA MEMASAK
- Pukul telur dengan garfu. Telur mesti dibuang tali pusatnya untuk mengelakkan daripada berbau hanyir.
- Perasakan dengan garam, lada putih dan serbuk pati ayam
- Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil tangan terus memukul telur dengan garfu.
- Tapis dan tuangkan ke dalam sebuah mangkuk. Tutupkan mangkuk dengan plastik khas untuk masakan.
- Kukus selama 15 sehingga 20 minit
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan, padamkan api, masukkan minyak bijan dan kicap cair.
- Tuangkan ke atas telur kukus, taburkan daun bawang dan cili merah.
- Hidangkan semasa masih panas
CUCUR BIHUN
BAHAN-BAHAN
2 keping bihun
1 cawan tepung gandum
1 biji lobak merah – dihiris halus
1 labu bawang besar – dihiris halus
2 biji cili merah – dihiris halus
1 cawan daun bawang – dihiris halus
2 biji telur
1 cawan isi udang
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
- Rendam bihun dengan air panas hingga lembut, toskan dan potong pendek-pendek
- Masukkan tepung gandum, lobak merah, bawang, cili merah, daun bawang, telur, ikan bilis dan garam.
- Tuangkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat tekstur doh boleh dicucurkan
- Goreng di dalam kuali hingga keperangan
- Hidangkan bersama-sama dengan sos cili
Foto: Koleksi peribadi Puan Faezah
Cara Buat Apam Telur Yang Sangatlah Mudah, Tak Terkata Sedapnya

Apam Telur memang sedap dimakan bersama kelapa parut muda. Ada juga yang panggil apam lambung. Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri kuih ini di rumah boleh sangat. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini. Sangat mudah dan sememangnya bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Sesuai sangat buat menu minum petang.
RESIPI APAM TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online
1 sudu besar tepung ubi – beli online
1 sudu kecil yis mauripan – beli online
Garam secukup rasa – beli online
1/2 cawan gula (kalau suka manis letak lebih) – beli online
Pewarna kuning
Perasa vanilla ( untuk hilangkan hanyir telur…tak letak pun tak apa)
2 cawan air
5 biji telur
Kelapa parut putih sahaja (kukus dalam 10 minit dan campur sedikit garam untuk tahan lama)
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam dan gula. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata. Tutup. Biarkan 1 jam hingga ke 2 jam.
2. Selepas itu ambil adunan tadi, masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla. Kemudian masukkan dalam satu bekas lain.
3. Masukkan telur dan adunan. Pukul bagi sebati. Masukkan ke dalam bekas acuan (sapu minyak pada acuan agar adunan tidak melekat).
4. Bakar di atas api perlahan. Apabila sudah keperangan (boleh bakar bahagian bawahnya). Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dimakan dengan kelapa parut.
Sumber kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bebola Ikan Salut Tepung. Kudapan Ringan Nostalgia Kegemaran Ramai
Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Tambah ‘Kick’ Bila Makan Dengan Sambal Belacan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official