Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.
Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi rasa manis berlemak jagung memang buatkan setiap suapan terasa enak sekali.
Inti gula di dalam serta jagung menambahkan lagi kesedapannya. Bukan setakat sesuai untuk minum petang, kuih ini juga laris kalau dijual!
Cara Buat Kuih Cara Jagung Yang Lemak Manis
Bahan-bahan
1 cawan jagung manis berkrim
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 ½ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
1 cawan gula pasir (inti)
2 helai daun pandan (diikat untuk sapuan)
Minyak secukupnya untuk sapu acuan
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan kecuali jagung. Kacau atau kisar hingga sebati.
Ads
2. Masukkan jagung, kacau rata dan tuang ke dalam bekas.
3. Panaskan acuan kuih cara (boleh guna acuan bahulu). Sapu minyak menggunakan daun pandan.
4. Tuang adunan hingga penuh acuan. Tunggu 10 saat, letak ½ sudu teh gula di tengah.
Ads
5. Tutup dan masak atas api kecil 5 minit atau sehingga permukaan licin dan bawahnya sedikit garing.
6. Cungkil dengan sudu dan hidang panas-panas. Untuk lagi sedap, letak juga jagung di atas kuih cara ini.
Ads
Tip Ekstra
– Guna jagung krim untuk rasa lebih lemak dan tekstur berkrim.
– Boleh tambah isi jagung segar jika suka lebih rangup.
Menurut Farisha Sofea , kuih ini sebenarnya berasal dari negeri belah pantai timur .
Ia dipercayai diberi panggilan ” puteri mandi ” kerana prosesnya yang persis seperti seorang puteri yang dimandikan dengan air panas , serta ditambah dengan curahan air gula melaka dan juga isi kelapa parut .
Apa pun manisan tradsional warisan zaman berzaman ini memang tak luput dan lekang dek zaman. Kuih kegemaran ramai hingga kini. Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea ini.
KUIH PUTERI MANDI
BAHAN-BAHAN :
Bahan Doh :
1 cawan tepung pulut
sedikit garam
sedikit air kapur ( tak letak )
1/2 cawan air daun pandan
Bahan Sira Gula Melaka :
2 ketul gula melaka bersaiz kecil
2 sb gula ( boleh sesuaikan rasa )
1 helai daun pandan
1/4 cawan air
secubit garam
3/4 cawan kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Satukan ke semua bahan doh kecuali air . 2. Gaul rata dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh . Kemudian bulat bulatkan doh dan tekan sedikit di bahagian tengah doh tersebut .
3. Ulang sehingga habis . 4. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi .
5. Rebus sehingga doh timbul di permukaan . 6. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk berisi air sejuk .
7. Ketepikan seketika . 8. Di dalam kuali , masukkan Bahan Sira Gula Melaka kecuali kelapa parut . 9. Masak sehingga gula larut sepenuhnya .
10. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak seketika .
11. Toskan doh tadi dan masukkan ke dalam kuali .
12. Masak sehingga kuah sedikit kering . 13, Tutupkan api dan letakkan di dalam pinggan . 14. Siap , sedia dihidang 💓
Kuih bom bijan atau onde-onde ini antara kuih tradisi yang selalu kita beli walaupun cara membuatnya agak mudah.
Sesekali boleh cuba untuk buat sendiri untuk makan pagi atau petang. Boleh letak inti yang kita suka sama ada inti kelapa atau kacang merah.
Bagi yang kali pertama mencuba boleh gunakan resipi Roslina Shaari Ina Kie menggunakan sukatan cawan. Lebih mudah dan katanya, insya-Allah tak meletup bila digoreng.
Buat sendiri kuih bom bijan
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air suam.
2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.
4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.
5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.
6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.
7. Goreng guna api sederhana, insya-Allah tak meletup.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.