
Macam mana hebat pun kuih moden, pasti kuih tradisi juga jadi kesukaan seperti bahulu, lompat tikam dan sago gula Melaka. Keenakan rasa kuih tradisi memang tiada tandingan. Kuih cara juga antara kesukaan ramai sama ada kuih cara manis mahupun berlauk.
KUIH CARA
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (10 helai blend)
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam/pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sampai sebati
2.Panaskan acuan
3.Sapu minyak atas acuan
4.Tuang adunan tunggu sekejap baru letak sedikit gula dihabagian tengah adunan tadi.
5.Cungkil adunan guna lidi nampak kekuningan, adunan menjadi pejal bole angkat.
Siap untuk dihidang.
Kredit: Vee Muhamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Kuih Lepat Labu Sedap Guna Resipi Kampung

Kuih Lepat Labu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Linda Idris antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan labu kukus @ rebus
2 cawan tepung gandum – beli online disini
3 sudu makan tepung ubi – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
1/2 cawan santan – beli online disini
Sedikit garam
Kelapa muda parut
BAHAN LAIN:
Daun pisang – dibersihkan
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kukus labu hingga lembut. Kemudian sukat ikut sukatan yang diperlukan. Seterusnya ambil kelapa muda, campurkan dengan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan. Ia akan digunakan sebagai inti.

2. Masukkan juga sedikit garam ke dalam santan. Sebatikan.
3. Dalam bekas besar yang bersesuaian, campurkan semua bahan. Sebatikan dan pastikan tidak berketul.

4. Ambil daun pisang, sudukan adunan Lepat Labu tadi dengan secukupnya. Kemudian letak kelapa parut.

5. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Susun bungkusan Lepat Labu dalam periuk kukusan. Kukus guna api sederhana hingg masak.

7. Angkat dan Lepat Labu enak sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Linda Idris
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Cara Masak Kuih Sagu Kukus Yang Sedap, Tak Lembik & Tak Keras

Kuih Sagu kukus antara kuih sedap yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Mastura Razali pasti menjadi. Sagunya masak elok malah teksturnya juga tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba.
RESIPI KUIH SAGU KUKUS SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Sagu mata ikan (anggaran harga RM3) – anggaran sukatan: 3 cawan sagu yang selepas direndam – beli online disini
- 1/2 cawan gula – beli online disini
- 2 sudu makan sirap ros – beli online disini
- Kelapa parut – gaul dengan sedikit garam halus
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sagu mata ikan dan rendam selama 1 jam.

2. Bilas dan sejat airnya.

3. Letak sagu tadi dalam loyang. Masukkan gula dan juga sirap. Gaul sebati.

4. Rupa sagu setelah dimasukkan gula. Kukus sagu hingga masak dan hilang putih-putihnya. Anggaran masa dalam 20 minit.

5. Sagu yang siap dimasak. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.

6.Kukus kelapa parut seketika. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
7. Ambil potongan sagu dan salutkan dengan kelapa parut.

8. Kuih Sagu sedia untuk dinikmati.Hasilnya sagum asak dengan sempurna tanpa ada mata ikan dan teksturnya juga tidak lembik dan tidak keras.

Kredit resipi & foto: Mastura Razali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Talam Lapis Perisa Keladi, Buat Seloyang Memang Puas Makan

Kuih talam memang punya ramai penggemarnya. Buat seloyang boleh beri pada jiran tetangga nanti. Teringin pula nak makan talam lapis keladi ni. Pasti laku keras nanti dengan rasa lemak manisnya.

TALAM LAPIS PERISA KELADI
Bahan-bahan:
Loyang 6 inci,lebar 9cm tinggi8cm
1 cawan santan pekat ,3 cawan santan cair(ambil santan dari perahan ke 2). Masak santan sekejap.Jangan lama.Dalam satu bekas masuk
2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI
½ cawan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
½ cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Sebatikan bahan kering dulu.
2.Masuk santan sikit-sikit sambil kacau hingga sebati.
3.Letak esen pandan sikit.
4.Bahagi dua. Satu bahagian letak perisa keladi.Saya tak letak pewarna sebab esen keladi dah ada pewarna dah(kordial keladi pun boleh).Satu bahagian warna asal.
5.Panaskan kukusan.Mula lapis keladi (kalau nak melapis macam saya tu 100ml lapisannya.Kukus selama 6 minit. Hingga lapis seterusnya.Lapisan kukus terakhir 15minit.
6.Siap untuk dihidang.Sejuk keluarkan dari loyang.

Kredit: Iedaa Jahaya
Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan!
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Kuih Bantal Buruk, Rasa Lemak-Lemak Dengan Inti Ikan & Labu Air

