Kuih Cara Manis Versi Jagunglah Pulak, Perggh… Lebih Jagung Lagi Sedap Ni.

Share

Dah nama pun kuih cara jagung, jadi kalau nak letak lebih jagung hiris tu lagilah sedap. Kalau min suka jagung manis.

Resipi perkongsian Zura Zul ni nampak sedap. Jom kita cuba…

KUIH CARA JAGUNG


BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A | dipukul dulu
  • 1/2 cawan jagung dah hiris | bubuh lebih pun boleh..lagi sedap
  • 3 1/4 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla, tak nak letak pun boleh
  • Sedikit perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMASAK :

1. Kisar dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat)..ketepikan dalam bekas lain.. Masuk semua bahan2 yang lain dalam bekas.. Gaul rata.. Tuang dalam blender halus

2. Tuang dalam jag sederhana, campur dengan 1 cawan jagung yang dikisar tadi Kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas.. Api perlahan.. Sapu minyak

3. Tuang adunan penuh dalam acuan.. Biarkan sekejap..baru letak sedikit gula dlm adunan.. Tutup dengan penutup periuk.. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan kat tepi kuih.. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai

4. Untuk tuang adunan seterusnya..mesti kacau2 dulu adunan dalam jag..baru tuang

5. Ulang sehingga habis adunan.. Siap..sedia untuk makan

kredit Zura Zul –

Published by
Faridah Talib