Kalau nak tahu Kuih Celoret atau Segurut merupakan makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau. Kuih Celoret ini merupakan salah satu kuih tradisional hanya boleh di dapati di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam, kalau di Negara Brunei boleh di jumpai dengan perbagai perisa seperti perisa durian, pandan dan sebagainya… Caranya ia dibalut dengan pucuk daun nipah dan dikukus sehingga masak. Bahan asas sajian ini adalah tepung beras, santan, gula Melaka, garam dan air secukupnya. Jom cuba resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini.
RESEPI KUIH CELORET / CELOROT
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras | diayak
- 500ml santan
- 50ml air
- 130gm gula Melaka
- Secubit garam
- Daun nipah dan lidi kelapa secukupnya | bentukkan menjadi kelongsong celoret
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- 1. Didihkan air di dalam periuk kukusan dan aturkan kelongsong ke dalam bekas secara menegak.
- 2. Pada masa yang sama, masak santan bersama sedikit air sehingga mendidih. Masukkan santan dan gula Melaka. Teruskan mengacau sehingga semua bahan larut.
- 3. Kemudian masukkan bancuhan santan ke dalam bekas berisi tepung beras. Kacau rata.
- 4. Tuang adunan tepung beras tadi ke dalam kelongsong dan kukus sehingga masak.
- 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Selain tepung beras biasa, boleh juga menggunakan beras yang direndam dan dikisar halus. Hasil kuihnya akan lebih baik.
- Saiz hidangan: 8 orang
- Waktu memasak: 45 minit
- Jenis hidangan: Melayu
- Keistimewaan: Menggunakan daun nipah sebagai acuan.
- Jenis penyediaan: Menu tradisi