Cara Buat Kuih Cempiang Sedap, Kuih Popular Dari Sabah.
Jun 28, 2019
Share
Kuih cempiang atau ada juga yang menyebutnya campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam cinnamon rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu ini.
KUIH CEMPIANG
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Sepeket yis
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula (campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih)
Bahan B :
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan majerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung (gaulkan bersama)
Bahan inti doh :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
CARA MEMASAK : 1. Biarkan 10 minit hingga bahan A berbuih.
2. Masukkan ke dalam bahan B danuli kejap sahaja sampai sebati.Rehatkan selama sejam untuk mengelakkan doh melekat pada tangan. 3.Selepas itu boleh uli dan canaikan doh. 4. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi. 5. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih. 6.. Goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak.
Kredit: Chik Puan Meyanah via Masak Apa Hari Ni :Salamisimon1.blogspot.my