
Resipi kuih Dangai ini antara yang menjadi kegemaran ketika minum petang. Di bulan Ramadan pun kuih ini pasti dicari kerana ia agak susah untuk didapati. Jika ada pun tidak banyak tempat yang menjualnya. Apa kata anda cuba buat sendiri. Lebih puas hati. Boleh cuba resipi kuih Dangai yang dikongsikan oleh Tini Merah Jambu
RESIPI KUIH DANGAI
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut –BELI SINI
Gula ikut suka manis tahap mana (cadangan 2 senduk bulat) – BELI SINI
Sedikit garam (agak-agak naik lemak kelapa) – BELI SINI
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan-bahan di atas gaul rata jangan bagi berketul.
2. Kemudian sapu pan grill@loyang bakar dengan butter (sedikit sahaja dan nipis)
3. Masukkan adunan tadi dan ratakan. Tutupkan penutupnya.
4. Masak lebih kurang 20 minit dengan api yang kecil.
5. Sudah cukup masa bolehlah terbalikkan jika mahu kedua-dua bahagian garing. Siap! Bolehlah dihidangkan. Bolehlah potong untuk dimakan.
Sumber kredit: Tini Merah Jambu via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Kanom Krok Lembut, Gebu Dan Asyik Bila Makan, Buat Sendiri Puas Makan
Padu! Resipi Air Tembikai Lemon Laici Paling Sedap Minum Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=v3eeN-RSiVQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI