Kuih Gemblong Gula Melaka

Share

Kedengarannya agak asing dan kuih ini popular di Nusantara. Bahan asasnya dari tepung pulut dan disaluti dengan gula merah.Kuih tradisi ini semakin dilupai. Rasa dan nikmat kuih ini tambah sedap bila dipadankan dengan secawan kopi panas. Bagi yang ingin mencuba boleh ikut resipi ini.


Kuih Gemblong Gula Melaka
Bahan :

100gm tepung pulut putih
35gm tepung beras
75gm kelapa parut
75ml santan, panaskan
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Lapisan gula:
60gm gula melaka -hiris halus
2 sudu makan gula pasir
50ml air

Cara memasak:
1. Campurkan tepung pulut putih, tepung beras, kelapa parut, santan dan garam ke dalam bekas, lalu kacau hingga membentuk adunan.

2. Bentuk adunan gemblong hingga berbentuk bulat pipih.

3. Panaskan minyak, goreng gemblong hingga berwarna kecoklatan, ketepikan.

4. Campurkan gula merah, gula pasir dan air. Masak hingga mengental ,kemudian masukkan gemblong dan kacau hingga dilumuri secara rata.

5. Sajikan

Chef: Valdo

Published by
Putri Adila Saari