Kuih Getas ini kuih orang lama tapi masih diminati rama hingga kini. Rasanya yang lemak manis membuatkan ramai yang menggemarinya.
Tak susah pun nak buat. Berminat nk cuba? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sue Suria ini ye.
125gram tepung pulut
1 cawan kelapa parut putih
Sesudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini
1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini
1/4 cawan nasi
/2 cawan air (kurangkan sikit)
Sedikit air+ nasi (kisar/lenyek)
1/4 cawan gula – boleh beli online di sini
1/4 cawan air
Untuk membuatnya, semua bahan diuli menjadi doh. Kalau lembik, tambahkan sedikit tepung. Bentukkan kuih.
Panaskan minyak dan goreng. Angkat dan toskan.
Untuk membuat sira air gula, masak semua bahan hingga naik buih-buih dan likat, Kemudian masukkan kuih, gaul rata.
Kacau hingga gula nampak kering kat kuih baru matikan api. Siap. Kuih ini merupakan antara kuih orang lama tapi masih diminati ramai hingga kini.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official