Anda suka makan Kuih Getas? Jom cuba buat sendiri guna resipi perkogsian saudari Hamizah Yatim ni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar.
Bahan asasnya hanyalah kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum. Senang sangat. Jadi bolehlah cuba buat untuk hidangan keluarga ataupun dijadikan bahan untuk niaga. Jom cuba!
RESIPI KUIH GETAS SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut (*)
1 cawan nasi – kisar dengan sedikit air (*)
500gm tepung pulut (*) – beli online disini
1/2 cawan tepung gandum (*) – beli online disini
1 sudu teh garam (*)
Sedikit air
Gula
Sedikit minyak masak
BAHAN SIRA:
1/2 cawan gula
5 sudu makan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan bertanda (*). Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Adun sampai adunan tidak melekat di tangan.
2.Ambil sedikit minyak. Lumurkan pada tapak tangan untuk elak adunan melekat.
3.Ambil adunan sebesar bola pingpong dan leperkan. Jangan terlalu nipis. Agak-agak sahaja. Buat sampai habis adunan.
4.Panaskan minyak. Masukkan adunan yang sudah dileperkan tadi. Api jangan besar. Cukup guna api sederhana sahaja. Goreng sampai kekuningan atau garing. Angkat dan toskan minyaknya.
5.Untuk sira, masukkan gula dan air. Masak guna api kecil hingga berbuih kecil.
6. Masukkan Kuih Getas tadi dan gaul sebati. Kena cepat-cepat gaul untuk bagi sekata gulanya.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hamizah Yatim
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official