Kuih Gunting & Buah Rotan. Sama Rangup Sama Sedap

Share

Kuih gunting dan buah rotan, ni dia dua kudapan tradisional yang sedap dikunyah di musim syawal ini. Mengunyahnya memang krap krup lah bunyinya.

Jom buat ikut resipi dari Farisha Sofea dan Fatin Damia ni. Tambah aje kudapan dan snek raya yang sedap ni.

KUIH BUAH ROTAN



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam halus

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum


Sedikit air kapur

Bahan Lain :
Minyak untuk menggoreng
Biji bijan secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut .
2. Sejukkan seketika. Di dalam bekas lain satukan pula bahan B dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan A tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
4. Sapukan minyak di telapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan.
5. Kemudian golekkan doh ke dalam bijan sehingga bersalut rata.
6. Ulang hingga habis, sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana.
7. Setelah siap, gorengkan sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang

Kredit foto & resipi

: Farisha Sofea

3. KEREPEK GUNTING MUDAH



.

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung gandum
  • 3 senduk minyak sayur panas
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu makan serbuk cili ( boleh gantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka)
  • Secubit garam
  • Air sejuk ais secukupnya
  • Daun kari secukupnya | dihiris nipis

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung, garam, serbuk kari, serbuk cili dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul sebati.
2. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis nipis ke dalam adunan.
3. Rehatkan doh 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis nipis dan potong memanjang dan lebarnya sesuai selera.
4. Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting.

Kredit foto & resipi : FB Fatin Damia

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib