Kuih Kapit dan Biskut Kacang Rangup Sedap. Snek Mesti Ada Di Raya Cina

Share

Biskut kacang dan kuih kapit adalah antara snek mesti ada dihidangkan pada Tahun Baru Cina. Mudah sangat buatnya, buat berbalang pun cepat habis bila dibawa mengadap depan televisyen.

Rangup dan lazat, ni min kongsikan resipi biskut kacang dan kuih kapit coklat yang tersangat popular dihidangkan masa sambutan Tahun Baru Cina ni.

BISKUT KACANG (sukatan cawan)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega @ marjerin.
  • 1 cawan gula aising (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 cawan kacang tanah (sangai buang kulit dan blend halus).1 cawan tepung jagung.
  • Tepung gandum cap ros.

CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega /marjerin dan gula aising, kacau sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.
3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum, uli sampai doh tidak melekat di jari.
5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.

Resipi : FB : Norhamidah Hassan

KUIH KAPIT COKLAT (sukatan cawan)

BAHAN- BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 setengah cawan gula
  • 1 sudut teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1 biji kelapa | ambil dua cawan santan

Bahan inti :

  • Coklat Nutella secukupnya | dimasukkan dalam piping plastik

CARA MEMASAK :
1. Pukul telur dan gula sampai putih
2. Masukkan vanila dan garam
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
4. Masukkan santan dan sebatikn.
5. Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.
6. Masukkan inti atau filling ke dalam piping beg
7. Bila kuih kapit masak, picitkan inti keatasnya ( rujuk gambar diatas )
8. Dan akhir sekali lipat

Bila sudah sejuk, paipkan pula inti dibahagian tepi kuih sepit untuk inti kelihatan penuh. Siap, selamat mencuba.

Resipi : careresipi.blogspot.com

Published by
Faridah Talib