
Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang asalnya diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Tetapi untuk resipi viral ini bahan yang digunakan hanya menggunakan bihun sebagai pengganti tepung beras dan tak perlu dikirai. Amat mudah untuk di cuba!
RESIPI KUIH KARAS @ BIHUN SIRA



BAHAN-BAHAN:
- Gula 1/2 cawan
- Air 1/2 cawan
- Pewarna jika suka
- Bihun..saya guna separuh bungkus saja..
- 1 cawan minyak masak(untk mengoreng kuih)
CARA MEMASAK:
- Masak air gula sampai gula larut
- Masukkan bihun(Cuci bihun dulu ye)..kacau sebati angkat dan toskan kan..
- Panaskan minyak, ambik sedikit bihun yang dah di sira gula kemudian goreng sehingga kembang


Terus masukkan dalam gelas plastik..tekan@hentakkan guna gelas..kena guna 2 gelas plastik..(ok faham ye😉)
Buat sampai habis sejuk kan..simpan dalam bekas kedap..selamat mencuba..
Kongsi resipi: Irhana Canella
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Terasa nak makan menu ala barat hari ni? Haa boleh buat Pasta Goreng Cili Padi Berkeju yang cukup mudah. Kalau anda suka pedas, hidangan ini memang sesuai untuk anda. Gabungan keju serta cili padi yang memikat selera. Nak lebih istimewa, pastikan anda gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt untuk regangan yang sempurna serta menaikkan rasa hidangan anda. Percayalah, hidangan ini akan buat anda tambah berpinggan-pinggan. Jom cuba.

PASTA GORENG CILI PADI BERKEJU

Bahan-bahan:
- 150gram spaghetti – celur hingga al-dente & toskan
- 150gram Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella
- 8 biji cili padi – hiris
- 5 ulas bawang putih – hiris
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
- Ikan bilis goreng secukupnya
- Garam secukupnya
- Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi.
- Masukkan spaghetti yang telah dicelur, gaul rata.
- Tambah serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.
- Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
- Tuang spaghetti dalam pinggan. Tabur ikan bilis dan hirisan bawang goreng secukupnya. Hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Wajib Buat! Olahan Jenis Tauhu Untuk Menu Harian. Mudah Dan Sihat.

Memasak memang memerlukan kreativiti. Ia terbukti apabila dari satu hidangan yang biasa, ia boleh diolah menjadi menu baru yang sangat enak. Sebagai contoh, resipi dari olahan Tauhu yang mudah dan berkhasiat ini. Jika dahulu, tauhu kering digunakan dalam hidangan Mi Kari dan Tauhu Bakar. Tapi siapa sangka idea kombinasi antara resipi ini mencetuskan resipi baru seterusnya menjadi tular dan popular. Sedap pula tu!
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
Jenis Tauhu dan Khasiatnya
Di pasaran terdapat pelbagai jenis tauhu, antara yang popular dan digunakan oleh ramai orang adalah Tauhu Putih, di mana teksturnya lebih padat,sesuai untuk dihidangan berkuah, campuran dalam masakan, dijadikan bergedel, nugget atau kroket.
Sementara tauhu kuning, tekstur lebih kenyal dan padat dan lembut dan tidak mudah hancur berbanding tauhu putih,ia lebih sedap jika dimasukkan dalam sup. Bila digoreng luarnya ranggup dan isi dalamnya lembut.
Tofu pula sejenis tauhu yang sangat lembut dan halus teksturnya, selalunya ia didatangkan dalam bentuk selinder atau empat segi siap dengan kemasan plastik jika dicampur dengan telur ia dikenali tofu telur. Untuk memasak tofu perlu lebih berhati-hati bimbang hancur. Selalu jika di capurkan dalam sup atau masakan lain, ia akan dimasuk di akhir masakan.
Di sebalik keenakan tauhu, makanan ini merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini sangat digemari di kalangan masyarakat Asia. Ia juga kaya dengan pelbagai khasiat.
Sumber nutrisi dalam tauhu memang diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.

RESIPI TAUHU BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
- Tauhu kering
- 5-6 biji ubi kentang
- Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
- Bawang goreng secukupnya
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 2-3 sudu makan bawang goreng
- Daun sup – potong halus
- Serbuk lada putih secukupnya
- 2-3 biji telur
- Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
- Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
- Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
- Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
- Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
- Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
- Pecahkan telur dan pukul.
- Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
- Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai cili kering
- Gula melaka atau gula merah
- Bijan (disangai)
- Gula biasa (kalau kurang manis)
- Garam (secukup rasa)
- Sedikit belacan
- 300ml air
- 1 sudu besar minyak
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
- Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
- Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
- Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
- Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman

RESIPI TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG
BAHAN-BAHANNYA:
- 3 batang tauhu telur
- 12 kuntum cendawan butang (boleh guna yang dalam tin, toskan airnya)
- 1 camca besar penuh tepung jagung
- 2 camca besar air
- 1 cawan daging cincang, taruk dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 pokok daun bawang, hiris
- 1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil
- 1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN):
- 2 camca besar sos tiram
- 1 camca besar kicap cair
- 1 camca besar kicap lemak manis
- 1/4 camca teh minyak bijan
- 1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah)
- Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dengan 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan
- Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Baki terpung jagung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul hingga rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!
**terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yang tak makan daging lembu, gantikan saja dengan daging ayam
Kongsi resipi & ganbar: tiffinbiru

RESIPI TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket tauhu lembut | kukus
- Sedikit isi dada ayam | cincang
- 4 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- 100gm sos tiram
- 5gm minyak bijan
- Sedikit kicap cair
- Sedikit minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
- Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
INfO CHEF:
Sebaiknya, kukus terlebih dahulu lebih kurang lima minit.

RESIPI TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu biasa | hancurkan
- 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
- 1/2 biji bawang Holland | hiris
- 1 biji cili merah | hiris
- Sedikit timun
- 1 sudu makan kacang tanah kisar
- 2 sudu makan Sos Thai
- 1 sudu makan kicap pekat
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
- Kemudian kacau hingga sebati.
- Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
- Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
- Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
- Tauhu goreng siap dihidangkan.
INFO CHEF:
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tauhu untuk memastikan minyak meliputi tauhu.
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Resipi Mudah Dan Ringkas, Rolade Tauhu Kaya Sumber Protein, Gerenti Sedap!
Cara-Cara Hasilkan Tauhu Homemade Menggunakan Cuka. Memang Mudah & Berbaloi Untuk Dicuba.
Langkah Demi Langkah Resipi Tauhu Berlauk. Sesuai Disajikan Sebagai Hidangan Minum Petang.
Lempeng Kelapa Keju Yang Lembut & Membuka Selera

Lempeng Kelapa memang antara sajian yang menjadi pilihan untuk bersahur. Hidangan yang mudah dan ringkas. Nak lagi sedap, tambahkan Serunding Daging dan Keju Cheddar Chesdale. Gabungan rasa pedas serunding dan lelehan keju ni memang cukup serasi. Sekeping confirm tak cukup!
Keju Cheddar Chesdale yang digunakan diperbuat dengan susu dari New Zealand; tinggi dengan kalsium dan protein. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dan berperisa. Memang banyak khasiat untuk anak-anak. Cubalah buat nanti.

LEMPENG KELAPA KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 500gram tepung gandum
- 250ml Susu UHT Fernleaf
- 100ml air
- 6-8 keping Keju Cheddar Chesdale
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh garam halus
- Serunding Daging secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk; satukan tepung gandum, Susu UHT Fernleaf, air, kelapa parut dan garam lalu gaul sebati.
- Panaskan kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega/minyak. Sendukkan bancuhan tepung lalu letakkan di dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian lempeng.
- Letak 1-2 keping Keju Cheddar Chesdale di bahagian atas lempeng lalu masak Keju Cheddar Chesdale beberapa minit hingga sedikit cair.
- Angkat lempeng dan letakkan di atas pinggan. Taburkan serunding daging secukupnya dan hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


